Tengku Mahkota Johor Ber-Twitter!

- 22.08
advertise here
As Salam semua


Ni haaa aku nak menjawab persoalan baby sihat a.k.a my twin *perasan* si Liyana Lunia sebab dia tak tahu apa itu TMJ. *err mungkin ramai yang tak tahu lagi kot*

TMJ tu adalah singkatan bagi TENGKU MAHKOTA JOHOR. Yes, TMJ memang sangat digilai ramai gadis-gadis. Bukan sahaja dalam negeri malahan membawak ke serata pelusuk tanah Malaya. Fasha Sandha pun meroyan beb tengok TMJ. *pity her*  Sebab? Of courselah sebab ke-kacak-an Tuanku. Sebab tu ramai rakyat Johor kacak-kacak dan cantik-cantik belaka. *tiber*

Pagi ni, dunia twitter telah kecoh sangat-sangat. Mana taknya, seorang putera raja mencemar duli dengan membalas hampir kesemua tweet yang dikirimkan padanya. Sempoi habis! walaupun hanya balasan "Thank You" tapi itu sudah cukup membuatkan hati gembira.  Bukan tu je, my TMJ juga memperlihatkan sifat humble nya melayan setiap peminatnya. 



Aku bangga sangat ada keluarga diraja yang mesra rakyat dan baik budi pekerti macam ni. Dari Sultan sampailah ke Anakndanya. Semua down-to-earth. 


Haishh, bangga aku bila ada Putera Raja yang macam ni. Aku pasti semua rakyat Johor sayang Keluarga Diraja. Malahan akan mendoakan kesejahteraan mereka. Daulat Tuanku!!! Untuk Liyana Lunia, nah ni gambar Prince Charming kita....*eh salah.dia Faz punya....*



p/s: Melting sat tgk gambar atas lama-lama. Follow Twitter TMJ ---DI SINI
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search