Situasi Yang Buat Kau Memaki Dalam Hati

- 15.43
advertise here
As Salam semua




Dalam hidup ni, kita memang tak boleh nak hidup sorang-sorang. Memang Allah dah cakap dah dalam Al-Quran yang hidup kita perlu saling melengkapi, saling tolong menolong dan saling memerlukan. Tapi bukan tu je, dalam diri kita juga diselitkan dengan rasa prihatin dan peka pada persekitaran supaya kita boleh memahami keadaan dan situasi yang dialami. Barulah kita dapat jadi tak kurang pun manusia yang sedar diri dan bertoleransi. 

Tapi, wujud jugak manusia yang takde pun sense of all-that-sense bila mana tamak dan pentingkan diri lebih menebal. Tak fikir pun keadaan orang lain as long as diri dia rasa bahagia sudah! Orang lain nak tergolek ke, mati kebulur ke, lantaklah janji aku happy! Itu prinsip orang yang terpaling sombong dalam dunia. Bajet kau duduk dunia ni sorang-sorang. Kalau boleh, teruskanlah... aku nak tengok. 

Beberapa situasi yang aku pernah jumpa manusia yang pentingkan diri sendiri: 


1. Library

Orang lain tengah study, baca buku etc. kau cakap dengan kawan/borak kat telefon kuat-kuat. Yes, memang library tu kau sorang je yang guna. Orang lain ni kau ingat pekak ke? Setiap butir bicara kau satu library boleh dengar. Tak boleh ke kau slow down sikit suara kau tu ataupun kalau rasa suara kau dah hilang punat low down, kau keluar lah dari library. 


2. Dalam Bas/LRT

Orang kurus tapi duduk sampai dua seat tak pun letak barang kat seat lagi satu. Kau buta ke, tak nampak orang lain bersesak himpit. Kau boleh pulak buat muka toya. Bayar RM 1 bajet nak duduk first kelas. Memang babai lah kan. Consider sikitlah orang lain. Lepas tu, bila orang terlanggar bahu kau, buat muka tak bersalah dan pandang semacam kat orang tu. Eh, memang sengaja je orang langgar kau. Baru plan nak langgar sampai mati tau tak! 


3. Bilik Air/Mandi

Kalau kat jamban tu mungkin ada maaflah sebab... berak batu kot. Tapi kalau kat bilik air sampai dekat sejam, kau cuci apa? Kau sental apa? Lagi-lagi waktu peak hours di pagi hari. Kau buat yang wajib sudahlah. Sunat-sunat tu kau buat bila ada kelapangan. Bilik air lain sampai dah gilir 4-5 kali, kau baru sorang je guna. Kalau keluar kau jadi cantik-tertarik-thebomb entah lah jugak. Sama je macam sebelum kau masuk bilik air-serabai!


4. Pantry

Ni mungkin berlaku hanya di pantry asrama kot. Masak maggi/sup dalam water heater. Kalau aku cakap kau bodoh, kau marah. Tapi memang kau bodoh. Kau tak reti guna atau kau tak tahu function water heater? Pemanas air. AIR sahaja ye. Dah tu, dok tinggal sisa dalam tu. Tak cuci. Memang vavi sangatlah. Kau ingat lepas tu orang nak minum air perisa maggi atau air perisa sup cendawan? Otak letak mana kakak? 


5. Parking

Dulu amek lesen sekolah memandu mana? Lulus ke tidak? Parking kereta amek dua kotak sekali. Tak pun menghimpit ke kotak satu lagi. Nak-nak memang kena maki lah waktu parking lain full. Dan muka tanpa segan silu keluar dari kereta, buat-buat tak nampak garisan kuning yang kau dah langgar tadi tu. Salah ke kalau kau parking elok-elok. Kalau kau tak tau, meh aku ajar. Kalau kau rasa leceh, meh aku lecetkan kereta kau sikit. Baru kau tau sakit hati ke tidak! 


6. Traffic Light

Kau dah beratur panjang sebab lampu merah, tiba-tiba kereta depan kau lambat sikit masuk gear bila lampu dah hijau ada kereta cilok depan dia dan  kau tersangkut lagi. Tunggu second round hijau. Kau maki kereta depan kau atau kereta yang dah lepas tu? Kalau aku, aku maki dua-dua. Dan waktu tu, aku cuma berdoa adalah polis traffik kat depan, tapi takde pulak...selalu ada je! Damn!


Sebenarnya, banyak lagi situasi yang boleh bikin kau sakit jantung geram-gila-nak-mati dengan perangai umat manusia macam ni. Memang kadang-kadang kau kena bersikap selfish sikit tapi tak boleh lah semua benda kau balun sama. Semua kau nak conquer. Semua kau punya. Semua hak kau. Abis hak orang lain macam mana? Cubalah mudahkan atau senangkan sikit hidup orang lain, barulah satu hari nanti hidup kau akan disenangkan. Consider dengan situasi orang. Jangan buat besar kepala sendiri, nanti makan diri tau!


p/s: Sekadar renungan di pagi Isnin. Jangan maki orang! =) 

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search