Bulan Muharram Bulan Yang Penuh Ujian

- 05.20
advertise here
As Salam semua




Alhamdulillah, kita dah masuk tahun hijrah yang baru iaitu 1433H. Salam Maal Hijrah semua. Ini jugak bermakna genap setahun ayah aku sakit. Tadi rasa syahdu sangat bila ayah aku mengimamkan bacaan doa akhir dan awal tahun kat rumah. Masing-masing masih jelas terbayang peristiwa malam 1 Muharram itu.  Tapi, aku syukur kerana sekarang ayah aku dah semakin pulih. Cuma sedang dalam proses untuk menguatkan lagi anggota badannya. Dah banyak perubahan sebenarnya. Aku mohon doa daripada semua untuk kesihatan ayah aku. NAK TAHU APA JADI PADA AYAH AKU? KLIK SINI

Berbalik pada tahun baru ni, soalan yang biasa kita dengar mesti pasal azam kan? Jadi macam mana korang dah pasang azam baru atau renew azam? Pada aku azam itu adalah satu benda yang sangat bagus. Sebabnya azam akan membuatkan kita bersemangat dan mengembalikan semula fokus kita dalam kehidupan. Tapi jangan jadikan azam tu satu janji yang tinggal janji. Selitkan usaha dan kemudian bertawakal lah. Untuk aku pulak, ada beberapa azam yang aku berjaya capai, Alhamdulillah dan ada jugak yang aku kena usaha lebih lagi. Ingat, bukan mudah nak realisasikan mimpi. Paling penting adalah jangan mengalah! Segala ujian pasti ada hikmah. Kita semestinya diuji dalam pelbagai cara. Manusia yang tidak diuji adalah manusia yang rugi. 

Selain tu, bersempena tahun baru hijrah ni... aku nak share beberapa ilmu mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam Bulan Muharram ni..

  1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
  2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob  dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Banyak manfaatnya ni Bulan Muharram ni. Banyak juga ganjarannya. Semoga kita semua mulakan tahun baru ini dengan penuh azam, penuh syukur dan penuh tawadhuk dalam menjalani tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah. 

p/s: Kuatkan semangat aku dan keluarga untuk menempuh terus kehidupan...
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search