Semalam Bangla, Hari Ini Orang Malaysia Sendiri Cuba Songlap Duit Aku!

- 18.39
advertise here
Salam semua

Entry SEBELUM INI, aku ada cerita pasal Bangla yang nak songlap duit aku tapi kali ni dengan MALUNYA aku nak cerita yang Orang Malaysia pun ada jugak yang begitu! Ceh....malu...malu....

Malam minggu lepas, around pukul 11 malam, aku dengan kawan aku nak tengok Reel Steel. Memang superb sangat ceita tu! Disebabkan malam minggu, so of course lah Mid Valley, KLCC semua full kan. Jadi member aku ni ajak ke CapSquare. At first, kiteorang decide nak parking kereta kat bahagian luar je, tepi-tepi jalan tu kan. Tiba-tiba datang seorang lelaki berbangsa India naik motorsikal. Pakai baju ada logo Capsquare.

Lelaki: Abang,*refer to my friend* kalau nak parking sini kena bayar RM 10. 
Kawan: Bayar RM 10? Kenapa?
Lelaki: Mana-mana pun samalah abang.Malam minggu tepi jalan semua RM 10. *kawan aku pandang aku*
Aku: Bayar pada sapa?
Lelaki: Pada saya lah adik... 
Aku: *what pada kau? Apa hal pulak?* Takde parking lain ke? 
Lelaki: Kalau basement pun sama, RM 10 jugak. 
Kawan: Hmmm takpelah, kiteorang parking tempat lain. 

Lepas je lelaki tu blah, aku terus membebel lah pada kawan aku tu.

Aku: Senang hati je dia nak songlap duit kita, RM 10 pulak tu. Kalau kita bayar pada dia, apa bukti dia boleh bagi pada kita kata kita dah bayar? KLCC pun tak mahal macam tu. Parking tepi jalan je pulak tu. Belum tentu kereta selamat.  Tak kan lah sampai RM 10. Lepas tu, CapSquare ni bukannya parking limited sampai kena berebut-rebut dan sapa bayar dapat parking. Mesti nak tipu lah tu mamat tu. 
Kawan: *pandang aku, senyum je. Ceh!!! aku dah berangin ni, boleh pulak dia senyum je pandang aku.* Biasalah awak orang macam tu.
Aku: pfft~

So, aku dengan kawan aku pun cari parking lain dekat basement. Peh, memang Lelaki India tadi nak menipu kiteorang weh! Dekat schedule harga parking, weekend cuma RM 3/entry. Bukan RM 10 seperti yang lelaki tu cakap!!! Biadap mamat tadi. Nak cilok RM 7 dari kiteorang. Ok, lah kiteorang pun parking dengan suka dan senang hati. Sekali bila dah habis semua, nak balik UM ni, bayar lah dekat machine auto payment, korang nak tahu harga sebenar parking kat situ berapa walaupun malam minggu ye...



dua hengget je makcik oiiiii~

Tuuuu diaaaaaaa RM 2/entry je kot. Biadap mamat tu!!! Cuba menipu bakal peguam hidup-hidup. Nasib baiklah kami tak terpedaya. Kalau tak senang-senang je, membazir duit macam tu. Bayangkanlah kalau satu malam dia dapat tipu 5 kereta, dah RM 50 dia dapat. Memang boleh kaya oiiiii kalau keje macam tu je. Siot! 

Memang orang hari ni sangat mudah nak menipu dan mengambil kesempatan. Pantang ada peluang, ada je idea nak mengenakan orang. Nak cepat kaya dalam masa sekejap. Otak kau! Jadi, macam pesanan aku hari tu, korang hati-hatilah. Jangan cepat terpedaya. Kalau dah terkena, menyesal tak sudah! 
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search