Kau Ingat Kau Sorang Ada Handphone?

- 03.04
advertise here
Salam semua

Hari ni handphone bukan sahaja sebagai barang keperluan tapi handphone jugak boleh jadi bahan makian! Eh, apasal tak caya pulak? Aku pasti lepas aku story cerita ni mesti korang akan setuju dengan ayat aku kat atas tadi. 

Dalam bas semalam masa aku otw back to Kluang, ada sorang auntie ni duduk kat lane couple seat, sebelah kerusi akak aku. Aku dengan akak aku duduk single lane. Korang nak tau kenapa aku annoying sangat dengan auntie ni... Ya Ampun, bunyi handphone tak berhenti-berhenti. Sekejap call, sekejap sms. Kalau ringtone lagu sedap takpe, ni sms je guna lagu gendang cina mati tu haaa.... Dumcheng! Dumcheng! Volume tahap maksimum aku rasa dia letak. Setiap kali handphone dia bunyi mesti aku terperanjat. Kuat giler kot. Dahlah tu satu bab. Satu bab lagi, kalau dia berbual masa call...Subhanallah....cakap macam nak gaduh! Terjerit-jerit. Kuat. Aku rasa pakcik driver bas yang duduk nun depan tu pun boleh dengar suara dia. Siap gelak kuat-kuat. Macam takde sivik. Apa kau ingat, kau sorang bayar tambang bas? Bikin panas lagi, main game pulak kat handphone. Tak reti pulak nak silent sound game tu. Ek eleh auntie ni. Aku campak jugak handphone dia keluar tingkap!!! Bayangkanlah satu bas mengalami tekanan jiwa dan perasaan sepanjang 4 jam perjalanan kerana handphone auntie tu sorang. Ada lelaki cina jugak yang duduk belakang auntie tu siap geleng-geleng kepala dengan perangai auntie ni. Kesian kat orang lain tak boleh nak tidur sebab bunyi handphone dia yang annoying nak mampus tu!

Buang kan henpon kau tu baru tau! 

Pada aku, dalam hidup ni kita kena sentiasa ada sifat bertimbang rasa. Jangan hentam kromo semacam. Jaga sensitiviti orang lain jugak. Kawan aku pernah naik hangin bila berdepan dengan orang ni. Korang tau dia buat apa, dia pun pura-pura cakap kat handphone dalam keadaan kuat-kuat. Buat annoying sama macam orang tu buat kat dia. Tup-tup orang tu terasa, terus dia off call. Hahahah. Padan muka! Aku pulak bila dah kena macam tu dalam bas, aku apa lagi lah kan. Amek ear phone sumbat telinga. Dengar lagu dan tidur. Malas nak layan orang takde sivik macam tu. 



Advertisement
 

Start typing and press Enter to search