Selamat Pulang Ke Kampus, Senior!!!

- 10.12
advertise here
Salam semua

Tup tup dah habis dah cuti semester paling panjang dalam sejarah. Dah habis dah 4 bulan. Macam tak percaya kan dengar! Aku yang mengalaminya sendiri masih ternampak-nampak lagi betapa bersepahnya bilik tatkala nak kemas keluar. Tiba-tiba esok aku dah pulang semula ke perantauan. Haish. Sabar je kan.

Bermula Isnin ni, kehidupan sebagai seorang pelajar Tahun 3 Fakulti Undang-Undang diteruskan. Banyak cabaran. Banyak dugaan. Memang payah. Tapi sabar je lah. Sepatah kata kakak aku, "Kau susah hari ni, nanti lambat laun kau akan senang!" Lega rasa bila dengar macam tu kan. Semoga impian aku tercapai.Baiklah, aku akan bertolak Sabtu pukul 8.30 pagi. Kalau dulu sebelum ayah aku sakit, dialah orang paling sibuk tatkala ni sebab menguruskan 3 orang anak daranya yang masuk kampus serentak. Tapi sejak ayah aku sakit, kenalah berdikari sikit. Aku mintak bantuan mak usu aku untuk hantar balik ke UM. Jadi, disebabkan menumpang kereta orang, aku kenalah limitkan sikit bawak barang. Bawak mana yang betul-betul penting je. Baju pun kena kurangkan. Nak cuba bawak seminimum mungkin.*macam tak percaya aku*


Korang tengoklah, minimum tak minimum. 3 beg tu...hehehe. Nasib badan!




Satu je pinta aku pada semua pembaca blog aku ni. Doakan perjalanan aku selamat. Keluarga aku yang ditinggalkan selamat dan doakan aku berjaya menjadi peguam. Insya-Allah. So, WELCOME BACK SENIORS!!!

p/s: Junior, jangan sombong-sombong! Esok, kalau ter-SATU bas atau ter-SEREMPAK kat Bandar Tasik Selatan, jangan tak tegur aku ye, mana tau boleh ngeteh sama! hihi


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search