Aku Benci Blogger Letak Link Palsu Pada Shoutbox dan Entry!

- 21.35
advertise here
Salam semua

Aku tak pasti dah berapa lama benda ni berlaku. Tapi, aku kena dalam 2-3 minggu ni jugak. Aku berangin sangat bila orang letak link blog palsu kat shoutbox. Sakit jiwa aku. Memang rasa nak maki je orang tu. Konon-konon tulis bagi komen atau puji blog kita, jadi sebagai blogger yang baik hati, aku pun berminatlah nak terjah balik orang tu kan, tapi sekali aku yang terkena. Cilakak! Mana taknya, dia letak link advertisement dia. Memang kena sumpah dengan aku.

Ni antara dua nama yang aku detect. Korang bacalah komen apa dia bagi kat shoutbox. Memang pancing kan? Sialan betul. 



Seriously wei, aku harap janganlah guna taktik kotor kalau ye pun nak advertise. Jangan pancing orang macam ni. Kalau setakat nak suruh aku klik than bagi korang doploh sen, bagi tau je lah, aku boleh klik kot. Tapi bila kau bagi fraud klik macam ni, memang kau dapat doploh sen, tapi ada bonus, kau dapat sumpah seranah sekali. Haish... sabar je aku dengan orang macam ni. Low-class minded! Bukan tu je, ada jugak blogger yang letak fake link dalam entry. Konon-konon link tu adalah untuk pergi ke blog referral tapi bila klik rupanya dia letak link nuffnang dia. Menyirap aku!

Bukanlah aku berkira sangat untuk klik-klik tu, memang aku tak rugi apa-apa pun, tapi perbuatan menipu tu aku tak boleh blah. Daripada aku ikhlas nak klik, terus jadi tak ikhlas. Kalau ye pun nak dapatkan income lebih melalui blog, bukan begini caranya. Gunalah cara yang betul ye.



Advertisement
 

Start typing and press Enter to search