Selamat Hari Tangan Kiri Sedunia! 10 Fakta Yang Kita Tak Tahu.

- 02.35
advertise here
Salam semua


Mungkin agak terlewat, dan mungkin juga ramai yang tak tahu bahawa hari ni merupakan HARI TANGAN KIRI SEDUNIA. Sapa-sapa yang menulis guna tangan kiri, today is your day!!! Dalam keluarga aku sendiri, akak aku merupakan seorang yang kidal. Dari pembacaan aku, mereka yang tangan kidal ni bijak mengira orangnya. Tapi wallahualam.... 

Jadi, bersempena dengan HARI TANGAN KIRI SEDUNIA ni, aku nak share beberapa fakta yang menarik untuk mereka yang kidal. *termasuk Man Kidal.
  1. Hari Tangan Kiri Sedunia diraikan bermula 13 Ogos 1976 oleh Persatuan Tangan Kiri Antarabangsa.

  2. 7 % daripada populasi manusia di dunia adalah bertangan kiri. *kira special lah ni. 

  3. Selain digelar "Lefties", si kidal ni jugak digelar "Southpaws"

  4. Seorang daripada 4 orang angkasawan Apollo adalah kidal

  5. 4 daripada 5 orang pencipta asal Macintosh adalah kidal 

  6. George W.Bush, Bill Clinton dan Barack Obama adalah seorang yang kidal

  7. Pablo Picasso, Isaac Newton, Albert Einstein, Leonardo DaVinci, Michelangelo juga kidal

  8. Orang yang bertangan kiri, adalah lebih mudah melihat apabila dalam air berbanding yang tangan kanan

  9. Kebanyakan peralatan dicipta untuk orang yang bertangan kanan contohnya, pemetik api dapur

  10. Ada beberapa syarikat yang mengeluarkan barangan khas untuk mereka yang kidal. 




Tak kisah lah kita tangan kiri atau tangan kanan, yang penting apa kebaikan yang tangan kita dah lakukan. Semuanya bermanfaat kepada manusia. Itulah sebaik-baik ciptaan dan Dia Maha Mengetahui. Kepada semua LEFTIE.... Selamat Hari Tangan Kiri Sedunia! =)

p/s: dalam Islam, tak kira tulis tangan kanan atau kiri asalkan bila depan orang, kita bersopan.




Advertisement
 

Start typing and press Enter to search