Segmen Blogwalk Yang Baik Untuk Tumbesaran Blog dari Pwencess Yuyue

- 00.26
advertise here
Salam semua

Aku dah banyak kali jugak mention kat entry-entry sebelum ni bahawa blogwalk sememangnya bagus untuk kesihatan dan tumbesaran blog kita. Bila blogwalk, kita akan dapat menambah kenalan blogger dan boleh cari idea untuk menjana entry-entry yang baru. Jadi, ni salah satu caranya untuk memudahkan korang blogwalk, iaitu dengan join segmen. Sebab segmen akan mengumpulkan seberapa banyak blog untuk korang berjalan-jalan sambil geget blog tu. *eh macam contest aku pulak. Silakan yer...



Apa Ada Pada Blog Hanya Dari Mata 

Bagi aku, blog ni bukan sebagai diari tapi blog merupakan satu tempat perkongsian paling berkesan pada waktu ini. Macam tu jugak aku buat blog aku ni. Aku tak jadikan blog sebagai tempat meluah perasaan, tapi matlamat aku berbloging ialah untuk menjadikan masa online bukan sia-sia. Berkongsi seberapa banyak ilmu, pengalaman dan pandangan aku mengenai hal-hal yang berlaku di sekeliling aku dengan readers yang lain. Malahan, aku sangat-sangat menggemari blog yang boleh membuka mata banyak pihak serta membantu kita semua berfikir di luar kotak pemikiran yang biasa.

*it is different ya between diari & blog peribadi! jangan salah faham. 


Berapa jumlah follower?

Bermutu atau tidak sesebuah blog itu tidak bergantung pada jumlah follower mahupun jumlah komennya. Tapi pada pandangan aku, ia bergantung kepada keberkesanan penyampaian setiap entry yang tuan blog itu tulis. Tapi, lumrah manusia kan sering menilai dari luaran. Semakin ramai follower, semakin bagus blog itu. Itu tidak tepat. Kerana banyak blog yang bermanfaat yang aku jumpa, tapi follower tak beribu riban pun. Dan yang paling penting, dia tidak menjaja kisah peribadinya untuk menaikkan ranking blog. Namun, aku tak nafikan ada sesetengah blog yang memang layak untuk memiliki follower yang ramai. Alhamdulillah, setakat hari ni,  follower aku ada 1248 orang dan aku akan cuba untuk menghargai setiap daripada mereka. Insya-Allah.

Tag beberapa blogger lain? 

Cik Paro @ http://kisahcikparo.blogspot.com/
Cik Ferra @ http://ferrafareez.blogspot.com/
Cik Aimifiqa @ http://aimifiqa.blogspot.com/


Kesimpulannya, berbloglah dengan ikhlas. Jadikan blog sebagai satu wadah yang bermanfaat supaya kebaikan bersama dapat kita capai. Salam Ramadhan dan jangan lupa, 1st contest aku masih dibuka. Jemput semua untuk menyokong dan memeriahkan lagi contest tersebut. 
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search