Jadilah Manusia Yang Tahu Erti Syukur

- 01.07
advertise here
Salam semua

Kita selalu dengar, orang kata jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Tapi, susah untuk aku mendidik hati aku ni. Bukannya aku tidak bersyukur dengan segala nikmat dan rezeki yang Allah berikan tapi manusia kan, sentiasa tidak merasa puas dan cukup dengan apa yang ada. Begitulah yang jadi pada aku dan sekeping hati ni. 



Malu sebenarnya untuk bercerita. Tapi, macam yang aku pernah bagitau, aku akan kongsikan pengalaman dan pandangan aku. Sebab aku nak jadikan blog sebagai satu bahan ilmiah yang tidak membuang masa. Macam ni ceritanya, aku tak tahulah kenapa dan apa puncanya. Cuma aku sangat cemburu dengan orang yang adik beradiknya berjaya dan mempunyai kerjaya yang bagus. Aku takdelah cemburu yang negatif kan. Bila aku tengok kawan-kawan aku yang abang dan kakaknya berjaya, perasaan tu muncul semula. Kadang-kadang aku takut sendiri. Takut kerana tidak reti bersyukur. 

Sebelum ni, aku pernah jugak bagitahu pada ayah aku perasaan aku tu bila aku tengok salah seorang pensyarah aku yang mana adik beradiknya ada yang jadi doktor, peguam, engineer, arkitek, akauntan, pensyarah kira completelah satu family ada. Waktu tu ayah aku nasihatkan aku untuk belajar sungguh-sungguh dan jadi macam mana pensyarah aku tu. Boleh pulak waktu tu, dalam diri aku punyalah rasa tak bersyukur aku cakap "Kenapalah masa dulu-dulu, ayah dan mak aku tak masuk universiti? Kalau masuk universiti, mesti aku sekarang ni pandai macam kawan-kawan yang lain!" Ya Allah. Bila fikir balik, aku rasa apa punya anak lah aku ni, merendah-rendahkan mak bapak aku. Anak tak reti bersyukur! Sedangkan mereka dah bagi yang terbaik dalam mendidik aku. Tapi itulah jahatnya hati.... 

Dan perasaan macam tu berulang lagi bilamana aku tengok salah seorang kawan aku kat UM yang adik beradiknya terdiri daripada semua yang berkerjaya bagus. Complete set. Perfect! Aku jeles sangat-sangat. Sampaikan aku rasa tertekan dan malu dengan diri sendiri. Tapi, aku tak layan perasaan tu, aku cuba positifkan diri aku ni. 

"Jika engkau membandingkan dirimu dengan orang lain, nescaya kau akan kalah. Namun jika kau bersyukur dengan apa yang telah direzekikan kepadamu oleh-Nya, nescaya kau adalah orang yang menang!"

Bila aku baca tu, aku akur bahawa rezeki Allah itu adil. Dia hanya akan memberikan yang terbaik dan Dia tahu segala hikmah yang bakal diberikan oleh-Nya. Sebagaimana dalam Surah Luqman :

"Bersyukurlah kepada Allah, dan barang siapa yang bersyukur kepada Allah , maka sesungguhnya ia bersyukur untuk kemaslahatan dirinya sendiri, dan barang siapa yang kufur yakni yang tidak bersyukur, maka akan merugi adalah dirinya sendiri."

Jadi, kesimpulannya korang janganlah ikut perangai aku ni. Perangai yang tak reti bersyukur. Percayalah pada nikmat Allah. Insya-Allah dia akan beri lebih lagi. Asalkan kita reti bersyukur. Setiap orang dah diberikan bahagian masing-masing.


p/s: All the best to Along & Adik. Insya-Allah kita semua boleh menyenangkan keluarga. 
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search