Info Menarik : Keringanan Berpuasa Bagi Mereka Yang Berubat.

- 02.15
advertise here
Salam semua




Nak berkongsi serba sedikit perkara yang mungkin kita tak tahu mengenai puasa. Semoga perkongsian aku hari ni memberi manfaat pada korang semua. Ingat... Blogger! Kurangkan gossip dan cerita panas! 

Berikut adalah beberapa perkara yang dibenarkan ketika berpuasa bagi ORANG YANG BERUBAT :

  • Orang yang lelah (asma) ketika puasa dan terpaksa menyedut gas inhaler kedalam mulutnya sekadar perlu untuk mengelakkan kemudharatan yang boleh mengancam nyawanya maka dibolehkan sebagai keringanan kepadanya dan tidak batal puasanya. 
  • Tidak batal puasa orang yang menderma darah, tetapi makruh begitu juga bagi mereka yang berbekam.
  • Tidak batal puasa seseorang yang mendapatkan suntikan daripada doktor atas tujuan kesihatan dan mengelakkan kemudharatan
  • Bagi pemeriksaan dan mengambil darah, adalah tidak batal puasanya kerana jarum tersebut tidak berisi makanan dan tidak sampai kepada jantung tetapi adalah batal jika menjalani pemindahan darah atau memasukkan cecair glukos kedalam badan melalui suntikan kerana benda itu akan memasuki rongga perut dan ke seluruh badan. 
  • Orang yang menampal gigi juga tidak batal puasanya.
  • Tidak batal puasa mereka yang memakai contact lens
  • Tidak batal puasa mereka yang memakai eye drops asalkan diyakini bahawa cecair itu tak masuk ke kerongkong. Tapi jika masuk dan ditelan, maka batal. Jika dia meludahnya, puasa tak batal


Itu adalah serba sedikit info yang aku dapat melalui beberapa bahan rujukan yang diyakini yang aku baca sebentar tadi. Jangan jadikan perubatan sebagai alasan untuk ponteng puasa kerana Islam itu mudah dan tidak membebankan umatnya.  Aku harap semua daripada kita mendapat keberkatan dalam berpuasa tanpa syak dan was-was. Insya-Allah nanti aku sambung lagi ye!



Advertisement
 

Start typing and press Enter to search