Followers Aku Semua Buat Hal.... Apa Kes???

- 23.13
advertise here
Salam semua

Mood aku sekarang tengah tak berapa baik. Tahap boleh naik angin anytime je. Aku geram sebab follower-follower aku ni semua buat hal! Yer...semua.... 992 orang buat hal. Mana aku tak naik angin. Kalau korang di tempat aku pun korang naik angin kan. Apa salah aku pun aku tak tau. Selama ni aku tatang mereka bagai minyak yang penuh. Bagi sepenuh perhatian dan kasih sayang secukupnya. Balas komen dan kunjungan. Siap letak muka diorang kat part khas dalam blog aku. Tulis kat atas part tu besar-besar "CINTA-CINTA HATIKU". Tapi at last diorang buat hal. Mana aku tak mengamuk!


Korang mesti nak tau diorang buat apa kan?? Ni ha... dorang "bersembunyi". Ntah mana pergi semua tak muncul-muncul dah 2-3 hari. Ini boleh menjatuhkan saham blog aku ni! adoiiiii..... korang tau mana nak cari balik follower sayang aku ni???


hehehehe...korang jangan marah haaa aku emo sekejap kat atas tu!!! Bukan marah follower aku pun sebenarnya. Tapi aku geram kat blogspot. Sebab dah banyak kali widget follower aku hilang! Aku pun tak tau nak buat macam mana. Berserah je lah! Tunggu masa je dia baik sendiri. Nak marah pun, tak tau pada sapa. Jangan merajuk dengan aku ok!!! Aku belanja korang choki-choki sorang satu.  To all my follower & silent readers... thank you so much for your loyalty. I really appreciate it!!! Sayang korang semua... kerana anda, BLOG AKU BERHARGA!!! =) 



p/s : lagi 8 orang nak seribu.... wish me luck! 
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search