BFF Korang Lelaki? Bukannya masalah...

- 21.49
advertise here
Salam semua

Ok, actually someone asked me macam mana aku boleh bertahan kawan dengan lelaki sedangkan lelaki tu kan sifatnya ganas dan kurang kepekaannya. Maklumlah lelaki ni kata orang kalau gurau tu gurau kasar. Kalau pukul tu, pukul betul-betul. Jadi macam mana aku seorang perempuan yang lemah lembut *sila lempang* boleh bersahabat baik dengan ramai lelaki?


1. BETULKAN PERSEPSI KORANG MENGENAI LELAKI
Seperti perempuan, lelaki juga ada hati dan perasaan. Malahan kadang-kala sikap kepekaan seseorang lelaki adalah lebih tinggi berbanding seorang perempuan. Cuma, lelaki jarang menonjolkan sikap tersebut kerana bimbang digelar penyibuk atau busy body. Jadi, jangan sewenang-wenangnya meletakkan gelaran pada lelaki bila kita bersahabat baik contohnya 'penyibuk', 'gatal miang mengenyam' atau pun 'lelaki tak guna'. Bukan mereka tak peka atau terlebih peka cuma mereka play safe. Sebagai kawan, kenali perangai lelaki adalah lebih baik!


2. ELAKKAN UNSUR-UNSUR CINTA DALAM PERSAHABATAN 
Seterusnya, cara yang aku gunakan untuk mengekalkan persahabatan akrab dan kamceng dengan lelaki adalah dengan mengelakkan unsur-unsur perasaan cinta dalam bersahabat. Aku tak nafikan, kadang kala bila seseorang lelaki akrab dan mengambil berat perihal diri seorang perempuan, tanpa disedari kita sebagai perempuan sangat mudah jatuh hati dengan sikapnya. Tapi kita perlu beringat, bila kita telah diterima sebagai seorang sahabat amatlah sukar untuk merubah perasaan kepada seorang kekasih melainkan jika ditakdirkan. Malahan, jika kita sebagai seorang perempuan kelihatan seperti telah jatuh cinta, secara tak langsung sikap gedik dalam diri tu akan keluar. Bila dah gedik, lelaki memang tak suka ok!


3. HATI KENA KERAS, TELINGA KENA TEBAL
Yang ketiga dan pada aku ini adalah yang paling mustahak. Mereka yang nak bersahabat baik dengan kaum lelaki harus memiliki telinga dan hati yang kental. Macam yang aku pernah mention kat atas tu, lelaki ni kan kasar sikit. Jadi kalau bergurau tu, takde yang jenis lembut-lembut ni. So, korang janganlah cepat terasa hati pulak bila kawan lelaki korang bergurau. Sebab lelaki tak suka perempuan yang cepat merajuk ni. Tunjuk sikit jiwa kental tu. Lelaki senang berkawan dengan mereka yang bijak mengawal perasaannya.


4. AMBIL PUSING  HAL LELAKI
Kalau dah nama lelaki, cerita yang biasa diborakkan mestilah pasal bola, kereta, politik sikit. Jadi, bagi mengelakkan kita jadi 'kera sumbang', apa kata kalau kita pun amek  port cerita-cerita lelaki ni. Barulah boleh lepak sama. Elakkan gossip-gossip tentang si fulan atau artis-artis ni. Kalau dengan kawan perempuan boleh lah, tapi lelaki tak layan sangat bab gosip. Pada mereka gosip dan cerita panas ni sekadar benda remeh temeh!

5. JAGA MARUAH & PERIBADI
Bila kita berkawan baik dan rapat dengan lelaki, memang akan banyak timbul spekulasi dan akan banyak juga mata yang memandang. Lebih-lebih lagi jika kita kerap bersama dengan kawan baik kita tu kan. Bak kata orang, dah macam belangkas. Jadi aku nasihatkan supaya kita sendiri sebagai perempuan haruslah jaga maruah dan peribadi diri kita supaya orang lain tak pandang negatif pada perhubungan kita. Lepas tu, jaga jugak batas-batas pergaulan. Bukan apa, kita kena beringat lelaki tetap lelaki. Nafsunya adalah satu! =)



Advertisement
 

Start typing and press Enter to search