USAHA Mediacorp mengetengahkan penggiat muzik dan penyanyi di rantau nusantara dengan mengangkat nama mereka menerusi Anugerah Planet Muzik (APM) sejak 2000, dilihat sebagai satu usaha murni dan membanggakan.
Secara tidak langsung ia menjadi medan kepada penggiat untuk mengetengahkan nama mereka di persada muzik serantau, apatah lagi sebelum ini kebanyakan penyanyi negara terbabit iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura sering mengeluh kerana sukar untuk memecah tembok pasaran negara jiran.
Perkara ini bagaimana pun tidak berlaku di sini kerana rata-rata penggiat mahupun peminat muzik tempatan lebih bersikap terbuka dan mudah mengadaptasi genre muzik yang cuba ‘dihidangkan’ penyanyi luar.
Bagaimanapun, apabila penganjuran APM terhenti pada 2010, usaha dibuat dirasakan tidak konsisten. Sekali gus mengikis keyakinan umum pada majlis penganugerahan yang seharusnya dipandang tinggi peminat tiga negara berkenaan. Kali terakhir ia diadakan pada 2009 di Jakarta, Indonesia.
Ketika sidang media bagi mengumumkan penganjuran semula APM 2011 dan senarai pendek penyanyi yang dicalonkan dalam setiap kategori di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini, Pengarah Urusan Beyond DBB, Amin Hussein yang turut
bekerjasama menganjurkan APM 2011 menegaskan masalah kegawatan membabitkan industri muzik tempatan dan serantau turut menjadi faktor penyumbang kepada ketiadaan majlis penganugerahan berprestij itu pada tahun lalu.
“Mengikut perancangan memang kami mahu meneruskan penganjuran APM tahun lalu tetapi kerana kekurangan bajet ia terpaksa dibatalkan. Bagi kami dengan kos yang tidak mencukupi, ia tidak adil bagi semua penggiat. Apatah lagi waktu sama ada beberapa masalah teknikal turut dihadapi penganjur,” katanya.
Ditanya mengenai penganjuran tahun ini, kata Amir, pencalonan bagi artis tempatan semakin meningkat 23 peratus iaitu sebanyak 200 pencalonan berbanding sebelum ini iaitu 170.
Begitupun melihat kepada senarai calon tahun ini ia tidak mencerminkan keadaan industri muzik sekarang yang kebanyakan dipelopori pemuzik ‘indie’. Malah ada di antara penyanyi tempatan menonjol sepanjang tahun lalu seperti Yuna tercicir daripada pencalonan untuk kategori terbaik. Sebaliknya hanya dicalonkan dalam kategori popular.
Selain itu, timbul juga persoalan apabila ada beberapa nama penyanyi tercalon dilihat mempunyai kaitan dengan Beyond DBB yang sebelum ini turut bertindak menguruskan beberapa artis. Mengambil contoh Bunga Citra Lestari, yang mana suaminya juga pelakon Ashraf Sinclair pernah bernaung di bawah pengurusan Beyond DBB dicalonkan dalam kategori Lagu Terbaik Indonesia. Kemungkinan besar ada yang beranggapan wujud unsur kronisme dalam penganjuran APM 2011.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, kata Amir, setakat ini hanya M Nasir saja yang bernaung di bawah Beyond DBB dan sekiranya ada pun mereka yang dicalonkan punya kaitan dengan syarikatnya, ia berlaku secara tidak langsung.
“Ada nama artis yang tersenarai dalam pencalonan akhir ini dinilai oleh juri khas. Di Malaysia memang populariti Bunga Citra Lestari agak kurang tetapi di seberang dia masih punya pengaruh.
“Perlu saya tegaskan di sini penjurian membabitkan pencalonan dilakukan bukan saja oleh penggiat tempatan tetapi juga Muzik Award Foundation (YAMI) Singapura dan Sound Recording Industry Association of Indonesia (ASIRI). Beyond DBB hanya bertindak sebagai penganjur dan tidak terbabit langsung dalam penjurian dilaksanakan.
“Menyentuh beberapa nama yang disebut seperti Yuna dan Mizz Nina, mereka memang tidak menghantar pencalonan karya dihasilkan.
Bagaimanapun memandangkan ada antara penggiat mempunyai nama besar dalam industri mereka dicalonkan secara tidak langsung dalam kategori popular. Apatah lagi bagi kategori popular ini ia dinilai dan kemenangan bergantung penuh kepada khidmat pesanan ringkas (SMS),” katanya.
Majlis APM 2011 dijadualkan berlangsung pada 15 Julai ini di Max Pavilion, Singapura Expo, jam 8.30 malam menyaksikan penguasaan Ana Raffali apabila dicalonkan dalam lima kategori iaitu Vokal Terbaik (Artis Baru Wanita), Vokal Terbaik Duo/Berkumpulan bersama Sohaimi Meor Hassan dan Altimet menerusi lagu Kalau Berpacaran. Lagu duet itu turut dicalonkan dalam Lagu Terbaik Malaysia. Ana Turut mengungguli kategori utama iaitu Artis Wanita Terbaik menerusi album sulungnya Ketika Aku Kecil dan Album Terbaik.
Album dihasilkan Datuk Siti Nurhaliza bersama Kris Dayanti iaitu CTKD pula mengungguli kategori Kolaborasi Terbaik dan Album Terbaik. Siti turut dicalonkan dalam kategori Artis Serantau Paling Popular bersama Faizal Tahir, Rossa, Hujan, Yuna, Agnes Monica, Ungu, Taufik Batisha, Afgan, Wali dan Aliff Aziz.
Lagu nyanyian Atilia dan kumpulan Jazz terkenal Indonesia, Maliq & d’Essentials, Harus Bagaimana dicalonkan bagi kategori Kolaborasi Terbaik sementara lagu duetnya bersama Monoloque, Kekanda Adinda dicalonkan dalam Lagu Terbaik Malaysia.
Sementara gandingan suara tiga penyanyi hebat iaitu Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah menerusi album 3 Suara turut menerima pencalonan dalam kategori utama iaitu Duo/Kumpulan Terbaik dan Album Terbaik.
Penyanyi yang hangat namanya gara-gara kontroversi cintanya bersama Adilla, iaitu juara Akademi Fantasia musim Ketujuh, Hafiz turut menerima tiga pencalonan iaitu Artis Lelaki Terbaik dan dua lagunya berada dalam kategori Lagu Terbaik Malaysia iaitu menerusi Awan Nano dan Noktah Cinta.
Majlis APM 2011 yang akan disiarkan secara langsung di Astro Ria akan diwarnakan dengan persembahan artis popular tiga negara ini iaitu Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Ning Baizura dan Shila Amzah, Ana Rafali, Faizal Tahir, Ajai berduet bersama Amanda Imani, Atilia dan Loq juga Hafiz. Penyanyi dari Singapura pula Sleeq, Hady Mirza dan Sezairi dan Indonesia menampilkan Melly Goslow, Rossa, Afgan dan Sandy Sandhoro.
Lebih menarik apabila buat pertama kali pelakon dan pelawak, Didie Alias diberikan penghormatan mengacarakan APM 2011 bersama pengacara terkenal dari Singapura iaitu Fiza O dan Adi Rahman.
sumber metro

Advertisement