Awek Bertudung Jom Kita Banned Group Ni!!! [Awek Free Hair & Kaum Adam pun boleh join ]

- 10.48
advertise here
Salam semua

Panas hati betul aku dengan satu group kat Facebook ni. Memang jenayah siber sangat!!! Group PENGUMPUL GAMBAR AWEK BERTUDUNG! Korang pegilah usha page tu. Korang tengok betapa kuah hajor nya admin group tu mengupload gambar perempuan-perempuan bertudung dan menyalahgunakannya. Post komen ntah hapa-hapa dan main kutuk-kutuk orang tu. Menjadikan pemilik gambar tu sebagai bahan imaginasi kelucahan. Buat masa sekarang dah 200 ++ orang yang like page tu. Bukan setakat tu je, siap ada blog lagi korang admin ni... memang macam HAROOOOMMMMM JAY (sepatah kata Cik Epal)....



Sebab tu aku dah pesan dari ENTRY DULU LAGI supaya kita semua ni berhati-hati dalam upload gambar kat internet. Aku percaya, ada segelintir pihak tak bertanggungjawab yang cuba salah gunakan gambar-gambar korang. Dari yang aku tengok pada komen-komen yang diberikan kat group tersebut, ramai yang "MEMBAYANGKAN" benda-benda blue bila tengok gambar perempuan-perempuan tu.

Aku tak kisah lah, apa je yang si admin tu bagi alasan. Yang aku tahu, dia ni dah melakukan satu kesalahan jenayah siber. Jadi, dia pikir dia besar sangat ke... kita pun ada kuasa ok. Macam mana? Meh korang ramai-ramai serbu FB dia ni kat link ini PENGUMPUL GAMBAR AWEK BERTUDUNG dan ikut aku dengan langkah-langkah ni ok...



1. Klik REPORT PAGE pada bahagian bawah tu...
2. Pas tu korang mark pada bahagian Nudity, pornography and etc. tu... dan tekan submit. 

Dengan cara macam ni, tindakan akan diambil oleh pihak admin FB dan jika perlu, laporan kepada pihak polis akan dibuat. Orang-orang yang macam ni perlu diberi pengajaran sikit. Kena kasi tahu pada dia macam mana nak homat hak orang lain. Aku ada baca wall post yang di bagi kat wall dia kan, bukan takde yang tarbiah dia bagi nasihat... dengan harapan dia sedar apa yang dia buat sebagai satu kesalahan kan.. tapi dia tak peduli. Malah di sound balik orang tu tau!! Haish memang melampau ini orang. Makanya, kalau dah tak nak dengar cakap kan... KITA BAKOR JE LAAA!!!!
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search