Sila Ucap Bye-Bye Pada Stress!

- 04.29
advertise here
Salam semua

Mac biasanya akan jadi bulan paling sibuk bagi mahasiswa satu negara. Termasuklah aku. Kerja memang sungguh menimbun. Assignment, presentation, revision dan pelbagai perkara lagi perlu disetelkan pada bulan Mac juga.  Biasalah, bila dah menimbun kerja sudah semestinya tahap stress akan meningkat. Ditambah pula mood yang kejap elok, kejap tidak. Pantang salah sikit, naik angin je kejenya! hahahah betapa tak profesionalnya aku kan? 

Ada orang kata, kalau stress pegi shopping kan? 
Tapi, cemana nak shopping kalau poket tak berapa tebal. Sugar daddy pulak masih dalam waiting list , makanya...cancel itu suggestion. 

Ada pulak yang kata, kalau stress makan banyak-banyak!
OMG! Kau tak nampak badan aku yang dah macam anak gajah ni.... tak kan nak jadi anak giant plak. Jatuh saham mak tau! hahahaaaa Cancel lah!

Ada pulak yang kata, kalau stress pegilah buat apa yang kita suka!!! YES darling......itu yang paling tepat! 

Disebabkan aku sangat-sangat suka buku, jadi aku terjumpa satu buku yang sangat bagus MERANGSANG aku di kala begini. (please...lah jangan terpengaruh dengan perkataan merangsang tu ye!) Aku maksudkan, MERANGSANG SEMANGAT & MOTIVASI aku!




Haaaa nampak tak berapa harganya? Seploh hengget je korang. Sebab tu lah aku beli. Murah dan padat. Motivasi yang di list kan dalam buku ni sangat-sangat berguna. Ada banyak cara untuk releasekan stress kita dan yang paling penting menjadi seorang yang positif. Ada tips, fakta menarik, kajian dan gambar-gambar comel. Antara yang aku suka topik " Bila Dilanda Sindrom Sibuk" , "15 Cara Happy Selalu" dan...." X-Plus Bukan Tekanan". Semualah aku suka. 

Jadi, sekarang ni aku cuba nak jadi sepositif mungkin dan takde lagi alasan kenapa perlu marah-marah bila banyak kerja. Jadilah seorang yang profesional kan! Barulah kita disegani dan dihormati. Setuju? 

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search