Salah ke kalau guna "I FOLLOW U, U FOLLOW I"?

- 05.29
advertise here
Salam semua


Aku rasa trend " I FOLLOW U, U FOLLOW I" bukan lagi satu benda baru kan dalam dunia blog. Semua blogger tau. Ada yang tak suka, ada yang mengutuk, ada yang mengeji dan ada jugak yang membenci. Walhal benda ni terus dilakukan oleh sesetengah blogger. Kenapa kah??

Dan kat sini, aku dengan rendah dirinya nak mengaku... IYER, AKU SALAH SORANG YANG MENGGUNAKAN CARA ITU SATU MASA DULU. Masa aku baru nak menapak dalam dunia blog ni. Baiklah, maafkan aku jika entry ni mengguris hati mana-mana pihak. Tapi, aku tampil ke depan dengan entry ni bukan untuk menghentam mana-mana pihak apatah lagi untuk bermusuhan. Cuma sekadar menjelaskan kenapa aku memilih cara begitu satu masa dulu. 

Bila aku baca beberapa entry yang meletakkan trend  I FOLLOW U, U FOLLOW I ni seolah-olah sebagai satu kesalahan jenayah siber atau satu dosa besar, aku sangat sedih. Sedih sebab "KESALAHAN" kami ni macam tak dapat dimaafkan lagi. Ada sesetengah blogger tulis, bila dorang dapat ayat cam tu kat shoutbox dorang, dorang  rasa TERPAKSA  untuk follow balik, tak pun  rasa BERSALAH sangat bila tak follow balik semacamnya, ayat I FOLLOW U, U FOLLOW I tu adalah satu ugutan. 

Biasanya trend ni digunakan oleh para blogger baru yang mana mereka masih mencari-cari lagi tapak dalam dunia blog ni. Aku percaya, takde satu pun blogger yang guna trend macam tu berniat nak jadikan ayat tu sebagai ugutan atau ayat mintak belas kasihan. Tapi apa yang kami harapkan adalah:


1. BLOGGER BARU MEMERLUKAN SOKONGAN BLOGGER LAMA

Iyer, betul dan sangat betul. Bila kita baru dalam sesuatu bidang, pastinya kita takde pengalaman. Kita memerlukan kata-kata semangat dan sokongan dari mereka yang expertise dalam bidang tu. Sama lah jugak halnya dengan dunia blog. Blogger baru memerlukan sokongan dari banyak pihak. Masa aku guna trend tu dulu, setiap kali aku tengok follower aku meningkat, walaupun seminggu tu baru sorang je yang follow, aku dah melompat-lompat gembira. Itulah tandanya ada orang yang sokong kita. Bukan untuk mintak simpati. 


2. BLOGGER BARU INGIN TAMBAHKAN KENALAN 

Dunia blog sangat luas. Boleh dikatakan kebanyakan remaja @ belia hari ni ada blog. Mereka ingin berkongsi apa sahaja cerita dan pengalaman. Malahan, daripada blog juga bertambah kenalan. Jadi, aku rasa trend tu bukan sekadar memberi peluang kita berkongsi cerita tapi bagi peluang kita kenal sesama blogger. Bila kita follow seseorang, apa sahaja yang dia update kita akan dapat tau kan... jadi dari situ lah kita mengenal antara satu sama lain. Bukannya sekadar nak memenuhkan ruangan FOLLOWER kat blog.


3. BLOGGER BARU PERLUKAN RUJUKAN DAN PENANDA ARAS

Aku tak tau lah macam mana para bloggers terkenal hari ni meningkat naik. Adakah mereka naik mendadak atau berperingkat-peringkat? Apa yang aku pasti, takde sapa yang TERUUUUUUUS KE ATAS. Mesti mendaki perlahan-lahan. Dan untuk mendaki perlahan-lahan tu, pelbagai benda perlu dipelajari. Perlu dilalui. Dengan siapa mahu belajar skill untuk mendaki kalau bukan dengan mereka yang pakar. Jadi, bila kita Keep In Touch @ follow-memollow, sedikit sebanyak kita akan belajar macam mana nak attract readers. Macam mana nak hasilkan enrty yang menarik etc. Tak ke kita sepatutnya bangga sebab, kita membantu sesama blogger? Kita dijadikan sumber inspirasinya.

4. TAK RUGI PUN NUFFNAG ANDA KALAU FOLLOW BACK!

Maaf sekadar bergurau, tak bermaksud yang lain. Sebab setahu aku, kalau follow back, takde rugi apa-apa. Nuffnang tak sentuh dan tak tipu apa-apa kan? Bukan macam sistem autoblogwalk tu kan?


KESIMPULAN

Apa lagi yang ada pada dunia blog kalau bukan FOLLOWER. Apa lagi yang mampu menaikkan nama seorang blogger kalau bukan FOLLOWER. Apa lagi yang nuffnang boleh bagi kalau bukan kerana FOLLOWER? Dan satu je, kalau yer lah ada yang tak gemar dengan trend I FOLLOW U, U FOLLOW I ni, tak yah lah nak mempersoalkan kredibiliti penulisan  blogger  tu. Janganlah menjatuhkan semangatnya untuk berblog sebab dulu pun awak macam tu... ZERO. Takde sapa yang baru terus jadi HERO!

p/s: maaflah kalau ada yang terasa @ tersinggung. Ini sekadar buah fikiran saya. Dunia blog ni kecik aja. Tak susah mana pun kalau kita membantu satu dan yang lain! Sekarang ni aku dah tak guna lagi trend tu. Aku just pegi lawat blog dia. Baca entry dia dan tinggal jejak dengan berkata " Salam, saya singgah sini. Feel free to visit mine too!"  jadi tak lah rasa ayat tu macam ugutan kan... 
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search