Lelaki Bukan Nak Seks Sajer! -tips untuk perempuan yang berpacaran-

- 06.37
advertise here
Salam semua

Biasanya kalau sesebuah hubungan tu tak kekal, kita biasa dengar lelaki yang disalahkan sebab tak menuruti  kemahuan si perempuan.  Tapi pernah tak seorang perempuan tu terfikir apa sebenarnya kemahuan lelaki? Mesti korang cakap, "lelaki?  mestilah nak seks kan!". No.No.Noooo...... apsal pikir gitu? ke korang yang nak seks sangat? Tak, lelaki bukan mahukan seks semata-mata. Aku bercakap ni bukan sebab aku nak back-up lelaki atau nak menjatuhkan perempuan. Tapi ni hasil daripada pembacaan aku daripada sebuah buku yang aku baca "The man-ip-ulator vs The wo-man-izer". 

Korang nak tau apa lelaki mahukan dari kita, wanita ni?





1. LELAKI MAHU SAMA SEPERTI APA YANG AWAK JUGA MAHU
sama seperti perempuan, lelaki sebenarnya mahukan sesuatu yang berbentuk perasaan dan emosi. Maknanya, lelaki juga mahukan penghormatan, kasih sayang, cinta, masa untuk bersendirian dan sokongan dari orang sekelilingnya. Cuma kadang-kadang mereka malu untuk meluahkan atas dasar ego dan macho. 

2. LELAKI SANGAT PERLUKAN PENGHORMATAN
bersesuaian dengan tanggungjawab dan title sebagai ketua yang dipikul, lelaki perlu dihormati. Hormat tak semestinya tunduk pada arahan dia. Guna otak jugaklah yer. Jangan pulak boifren korang suruh buat "bukan-bukan" korang ikut je. Hormat kat sini maksudnya, kalau korang berpacaran tu, segala keputusan atau masalah cuba bincang dengan dia. Jangan membelakangkannya. Sebab lelaki ni pun pandai tacing tau! 

3. LELAKI SANGAT DAMBAKAN PUJIAN
percaya tak korang bahawa lelaki sangat-sangat kembang bila dipuji? Tak caya g laa test bf korang. Walaupun benda tu kecik, tapi pujilah dorang. Puji dengan ikhlas tau. Jangan buat-buat pulak! Kang tak pasal je kena cerai! Pujilah kecekapan dan kehebatan mereka. Itu adalah lebih baik daripada korang membebel tentang kelemahan mereka. Bila mereka tak boleh buat sesuatu cam tak pandai masak ke, korang jangan kutuk tapi korang encourage dia untuk belajar. So sweet!!!

4. LELAKI NAK KORANG PUN MINAT APA YANG MEREKA MINATI
rasanya, ni paling senang kalau korang nak jaga hubungan tu. Orang kata, kalau kita minat sama-sama, mesti timbul kemesraan tau. Contoh cam lelaki ni suka bola sepak, walaupun kebiasaannya perempuan memang kureng lah minat pada bola, tapi korang jangan halang mereka. Support minat mereka. Kalau korang baik hati, join sama tengok bola. Atau pun, kalau tak join sama, bagi dia tengok dengan kawan dorang, tapi korang tanyalah pasukan mana menang, pemain terbaik etc. Mesti bf korang pun akan sokong apa yang korang minat jugak. Sebab kita tak halang dia dalam apa yang dia minat kan!

5. LELAKI PERLUKAN SOKONGAN DAN GALAKAN
Sebenarnya, lelaki ni dalam hati dorang tetap ada rasa takut dan gentar sebelum melakukan sesuatu. Jadi, lelaki memerlukan sokongan dan galakan daripada pasangannya. Sokongan yang positif lagilah menyebabkan lelaki tu semakin bersungguh -sungguh buat kerja dia. Malahan, dia akan rasa tenang je bila nak buat sesuatu dengan adanya sokongan seorang wanita yang dia sayang. Tak salah kan, kita menyokong mereka. Contoh cam yang gf KFCM (khairul fahmi)  buat tu.... tu adalah sebahagian daripada sokongan gf dia pada KFCM! 


Walau apa pun, dalam sesebuah hubungan ni, pada pandangan aku kita perlu memahami dan bertindaklah dengan guna otak. Setia pun penting. Kalau kita tak nak pasangan kita buat bukan-bukan pada kita, jadi janganlah kita buat bukan-bukan pada pasangan kita. Deal? Lelaki, let's spoke up your voice! 


p/s: aku just translate apa yang penulis tu tulis tau. aku sendiri takde pengalaman sebenarnya! hehehehe




Advertisement
 

Start typing and press Enter to search