2011: Apa Yang Nak Dicapai?

- 11.03
advertise here
Salam semua dan selamat pagi.

Okeh, masa aku taip entry ni my sayang roomates semua dah terbongkang. Kiranya, kalau bom meletup kat sebelah pun memang tak bangun lah kan. Tapi takpelah, tak nak ganggu dorang tengah syok layan mimpi agaknya. Masuk hari ni, dah 6 hari dah kita semua menjalani hidup di tahun 2011 kan. Semua orang aku tengok berlumba-lumba tanam azam dan semangat baru. Baguslah macam tu. Semoga semua azam tu dapat dicapai dengan jayanya. Yer lah, bukan mudah kan nak capai sesuatu.... perlukan banyak pengorbanan. 

Untuk tahun 2011 ni, aku memang ada lah letak beberapa azam. Sebenarnya apa yang aku azam kan ni lebih kepada penambah baikkan diri aku. Maklumlah, aku sentiasa belajar dari kesalahan dan kelemahan diri aku. Aku cuba perbaiki sikit demi sikit. Untuk lebih mudah aku ingat semua azam dan matlamat aku tu, aku tulis kat note semua yang aku azamkan tu dan tampal kat board buatan sendiri sebelah meja study aku. 

board buatan sendiri. gelak ketawa berbentuk hinaan adalah dilarang!


ada sapa2 yang tak puas hati?

haaa..... tu lah dia apa yang aku cuba capai untuk tahun 2011 ni. Nak kata susah, kira tahap bintang 4 jugak lah untuk aku capainya. Setiap impian perlukan pengorbanan kan.... jadi nak tak nak kena lah susah-susah dulu. 

Lagi-lagi tang nombor satu tu. MISI MENAIKKAN POINTER!  Haissssssh, course law ni memang agak mencabar kewibawaan aku jugak lah. Kadang tu aku pikir, " Am I Stupid?", mana taknya.... dah habis dah berhempas pulas. Bersengkang mata tak tidur baca case, buku dan note bagai... tapi markah still ciput jugak. Tak tau mana silapnya. Lastly i'm decided that "I'm not stupid, but i'm just trying to be the lucky one!" hehehehehehe, giler maut ayat inspirasi aku.

Yang nombor 2, BACA CASE & BUAT TUTORIAL AWAL tu adalah disebabkan masalah nombor 5 iaitu mim tebal. Mim. Alif. Lam Alif. Sin...MALAS! Iyer, tutorial aku memang melambak-lambak tak hingat dunia korang! Satu soalan mencecah bermuka-muka jawapan. Kena merujuk banyak buku. Kes mahkamah? Tak yah citelah.... memang kalah novel Ahadiat Akashah. Disebabkan itu, aku letakkannya di tempat kedua. Sebab tak mau kena sembur + kena maki hamun dengan tutorial dan pensyarah akibat kegagalan tak baca kes! T_T

Nombor 3 tu pun lebih kurang jugak. Juga penyebabnya ialah nombor 5! MALAS.... hehehehehe 
( tiba-tiba aku terpikir, patutke aku letak no.5 tu kat ranking no.1???) 

Yeeeehaaa..... nombor 4 paling best. HAPDATE BLOG SELALU. Iyer lah, dalam pada busy dengan tugasan, blog lah satu-satunya tempat yang boleh mengurangkan tekanan. Macam-macam yang aku boleh share kat sini. Looks fren.... you're in my top priority taw! Love-u lah!

Nombor 5 : malas nak komen. Sebab aku percaya bukan aku sorang je yang ada sikap tu. Semua student pun ada. Jadi, tahap kemalasan aku lebih kurang je dengan korang! hehehehehe

KURANGKAN MERONGGENG berada di tahap 6. Meronggeng di sini bukan bererti aku ke kelab malam ye. Tolong sikit.....i'm not like that. It just to have some fun with my frens. Memanglah kena ada hiburan masa kita belajar ni cuma bila fikir balik cam banyak je masa aku gunakan untuk ke padang permainan budak-budak UM, Mid Valley. Bukannya beli apa sangat, sekadar nak cuci mata je. Jadi, pas ni tolong kurangkan ye!

Last, akhir, penamat: DEKATKAN DIRI PADA-NYA. itulah langkah yang sepatutnya. Lepas dah berusaha kite kenalah tawakal pada dia kan. Untuk tu, aku boost up lagi amal ibadah aku! 

Jadi, apa korang pikir sekarang? Boleh tak capai azam dan impian korang tu? Kalau tak dapat tahun ni, jangan bimbang mana tau tahun selepas tu diberi peluang dan diperkenankan oleh -Nya. 

Lastly, AZAM BUKAN SEKADAR DIGANTUNG @ DILIHAT , TAPI AZAM ADALAH SESUATU UNTUK DICAPAI! 


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search