Ada Blogger Buat Sajak Untuk Aku. Ko Ada?

- 06.57
advertise here
Salam semua


Pernah tak korang dapat sajak, syair atau lagu yang diciptakan khas untuk korang? Tak penah kan... tak penah kan... Hehehehe.... Dengan bangganya, aku pernah beb! Dicipta khas untuk aku oleh seorang blogger ni. Namanya CIK AMY. Korang boleh tengok je? Haisssh... meh sini cursor korang, klik link dia. TERJAH SAMA BLOG DIA!

Ni lah sajak yang dia bagi untuk aku....


khas buat fateen innanie


kau yang bernama sahabat
dalam lembut tutur bicaramu

dalam ayu lentuk gayamu
aku senang mengenalimu



terima kasih sahabat
terjalinnya ikatan kemesraan
di ruangan penuh makna
dalam epilog persahabatan
yang indah berkembang



kau yang bernama sahabat
teruskan perjuangan
mengharungi hidup yang singkat
berbekal ilmu dan amal!



terima kasih daun keladi
kerana sudi menjadi
seorang yang bernama sahabat
walaupun kita jauh 
tapi di hati tetap
kekal berpanjangan dalam 
satu ingatan yang ikhlas



terima kasih buat sahabat

yang bernama FATEEN INNANIE





Fuh.Fuh.Fuh.... Terharu aku baca sajak ni. Time kasih banyak lah ye Cik Amy sebab sudi dedicate sajak ni untuk saya. Sebenarnya, sajak ni hadiah daripada Cik Amy sebab aku follower bertuah dia yang ke 300. Dan sebagai membalas budi.... Cik Amy mari amik ini ....


Kalau Cik Amy ada sajak, saya ada pantun je lah....

Ke hulu berakit ke hilir berkayak,
Sambil berkayak membawa ragi,
Terima kasihlah banyak-banyak,
Moga hubungan kekal abadi.

Hehehehe.... boleh gitu? 

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search