Kesian Pakcik Harun Ismeth!

- 23.17
advertise here
salam semua. 

 Seperti yang ramai taw kan, dah banyak kes kita dengar berkaitan jenayah siber. macam-macam orang boleh buat. laki bini boleh bercerai berai, anak beranak boleh bergaduh sakan, kawan-kawan boleh jadi lawan dan siap ada yang berbunuh-bunuhan.... haisshhhh ngeri jugak bila dengar semua ni. mungkin inilah harga yang perlu dibayar untuk anjakan teknologi yang semaki pesat sekarang ni. kehidupan kita seolah-olah takde privasi kan. salah sikit kena snap camera, publish kat FB dan jadi bahan umpatan, kejian, cemuhan malahan siap gaduh-gaduh lagi. 

aku tak tau la benda ni dah berapa lama tersebar kat internet, tapi aku percaya bahawa seorang lelaki bernama Harun Ismeth telah menjadi mangsa rogol kekejaman siber. aku tak sure sama ada nama pakcik ni betul atau tidak dengan gambarnya tapi dari pemerhatian aku memang sah pakcik ni telah menjadi mangsa Hackers. jahat betul dorang ni, salah gunakan kepakaran yang ada. 



INI MANGSA JENAYAH SIBER




korang bacalah beberapa status yang KONONNYA dipublish oleh pakcik ni:





SUNGGUH MEMALUKAN!!!! 
bagi orang yang pertama kali membacanya mesti akan kata pakcik ni gila seks la, lelaki curang la, suami gatal laaa, tak bertanggungjawab dan macam-macam lagi tohmahan yang diberi. 

tapi bila aku search kat FB, aku dapati ada sesuatu yang meragukan!




WTH??? pak cik ni sekolah kat Sri Aman???? bior betul? BUKAN KE SEKOLAH TU SEKOLAH PEREMPUAN?  muka jantan kot... tak kan lepas pulak nak masuk sekolah tu!!!!!

dari situ je aku dah dapat agak yang memang pakcik ni mangsa fitnah! kesian kat pakcik ni ooooi.... tak bersalah langsung! cuba korang bayangkan perasaan anak-anak dia yang baca status bapak dia kat FB kalau cam tu laaa statusnya! perasaan BINI dia sendiri.... kebetulan pulak bini dia memang betul-betul dalam pantang, sambil bagi susu baby main-main FB kat kampung! haaaa tak huru hara ke jadiknya? jiran dia baca? kawan-kawan dia baca? sedara mara? maklumlah sekarang ni semua orang ada FB!!!!! tak mustahil kan! lagi-lagi bila disensasikan oleh Oh Media, yang mana peminatnya dah cecah 150 ribu orang!!!! 

Ya Allah, tak pikir ke orang yang menganiya pak cik tu! berapa banyak dosa fitnah yang dia dapat? kalau ye pun ko nak tunjuk skill ko hack FB orang bialah pandai! jangan lah TERSERLAH KEAYUAN KEBANGANGAN ko tuuu!!!!  mungkin hari ni ko happy laa sebab orang ramai boleh ketawa dengan "JOKES" yang ko buat tu, tapi ko jangan marah lah pulak kalau satu masa KAU yang jadi bahan lawaknya! 
Cubalah gunakan skill yang korang ada tu di tempat yang betul, dalam saluran yang sepatutnya.... bukan macam ni caranya!

aku rasa, kita perlu bertindak dalam mengawal dan membanteras jenayah siber ni. rasanya tak guna kot kalau dah terhantuk baru nak terngadah! dan kepada pakcik ni khususnya, (kalau dia baca blog aku laaa!) serta sapa-sapa lah yang pernah terkena macam ni, jangan takut untuk bertindak dengan buat laporan pada pihak polis. bersihkan nama baik anda (kalau betul lah bukan anda yang buat, tapi kalau anda yang buat TANGGUNG SENDIRI laaaa!!!!). kita jugak sebagai pengguna kenalah bijak dalam mengawal privasi kita! jangan semua gambar, semua benda nak publish kat internet ni. salah sebut, salah interpretasi..... HURU HARA DUNIA NI DIBUATNYA!!!!!

*p/s: ingatan untuk diri saya juga!
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search