Hero ( Kucing Kurang Upaya ) Selamat Dibedah

- 18.52
advertise here
Hari saya pagi ni agak suram kerana Hero tiada di sisi...biasanya pada pagi ahad, dia akan baring di sebelah bawah katil saya sambil dagunya mencecah lantai. Comel sangat keadaannya..Hero memang selalu memanjat tangga untuk naik ke tingkat atas semata-mata nak baring dengan saya / wife...Tapi dia tak boleh turun..saya yang kena mengangkat dia..Setiap pagi sebelum aku mandi, saya / wife akan menyiapkan keperluan Hero terlebih dahulu. Memberinya makan / minum serta membersihkan tray najisnya.

Barulah saya faham kenapa sejak akhir-akhir ni Hero kurang bergerak. Matanya menjadi kuyu dan tidak melawan walaupun diterkam Pak Tam...Saya melihat bekas luka di testisnya sudah sembuh tetapi masih bengkak. Pada fikiran saya, mungkin bengkak itu akan susut seminggu dua lagi...tetapi sangkaan saya meleset. Pada 15 Julai 2010, ketika sampai sahaja di rumah selepas pulang bekerja, Saya menjumpai Hero sedang terbaring dengan keadaan nafasnya turun naik,bulu meremang, matanya kuyu dan badannya panas...aduhaii, Hero kena demam yang amat panas...



Pada Jumaat 23 Julai, Hero telah dimasukkan ke wad Kelana Jaya Veterinary Clinic untuk proses selanjutnya iaitu pembedahan kecil pada testisnya yang bengkak dan mengkasi Hero. Dijadualkan oleh Dr Intan dan En. Hadzwan, pembedahan kecil akan dilakukan pada waktu malam. Beliau akan memberitahu perkembangan selanjutnya melalui sms atau dengan menelefon saya sendiri.

Hati saya amat berdebar-debar pada malam itu...tunggu juga khabar berita dari Dr Intan tapi tak kunjung tiba. Aduhai,,, jantung saya berdebar-debar ketika ini...Kelihatan wajah isteri saya agak tenang ketika ini tetapi saya tahu dia cuba untuk tidak mengingati Hero kerana dia yakin Hero akan selamat dengan Dr Intan.

Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam tetapi masih tiada khabar berita....sambil menonton Cartoon Network bersama Along & Angah, hati saya asyik memikirkan bagaimana keadaan Hero dibedah ketika itu. Kesian kat Hero. Sesungguhnya, dia langsung tak mengerti akan apa yang sedang berlaku pada dirinya...dia hanya tahu rasa sakit tapi hanya boleh mendiamkan diri sahaja. Beginilah kalau sudah tersurat menjadi haiwan. Tak boleh nak bagitahu kat mana yang sakit...Hanya manusia yang prihatin sahaja dapat membantu mereka.

Baru saya teringat, semasa memandu pulang pukul 8.30 malam ( 23 Julai 2010 ) saya ada terima satu sms tapi apabila saya cuba membacanya bateri handphone pula dah habis. Cepat-cepat saya meluru ke tingkat atas untuk mengambil handphone semula. Sangkaan saya tepat, sms tersebut datang dari Dr Intan. Sms tersebut berbunyi :

" Salam En Hairey, Hero had just been sedated. In about an hour time he'll be under full anaesthetized. I'll update to you once the surgery is over. Tq, Regards from Dr Intan "

Sms received at 8.01pm.

Aduhai, masa saya membaca sms ni pun dah pukul 10.30pm..bermakna 2 jam sudah berlalu...bagaimana Hero sekarang?? Adakah Dr Intan berjaya? Fikiran saya kusut ketika ini. Saya terus menelefon klinik tapi tak diangkat. Oh, mungkin pembedahan belum selesai lagi...takpe, saya tabahkan hati sementara menunggu update dari Dr Intan.

Tepat pada pukul 11.30pm, saya menerima panggilan telefon dari Dr Intan..Hati saya begitu berdebar-debar ingin mengetahui nasib Hero. Dr Intan memberitahu bahawa :

"Beliau baru sahaja selesai membuat surgeri. testis Hero ada radang yang amat serius. Beliau menjumpai ada dua kesan lubang dipercayai kesan gigitan taring Pak Tam. Bengkak Testis Hero adalah disebabkan nanah yang berkumpul terlalu banyak. Testis yang paling bengkak ialah testis sebelah kanan dan dalam peringkat awal untuk merebak ke testis sebelah kiri.Nanah keluar tak berhenti-henti apabila dipicit. Dr Intan belum pasti nanah itu merebak sampai ke tahap mana tetapi beliau syak nanah tersebut telah merebak ke bahagian bawah perut Hero. Suhu badannya naik secara tiba-tiba ketika pembedahan sedang dilakukan tetapi Dr Intan berjaya mengatasinya. Selepas itu, Hero dikasi sekali..."

Aduhai Hero,,,maafkan papa ye .....papa tak memahami kesakitan yang kamu alami selama ini...di sebalik gaya manjamu itu, ada kesakitan yang tidak tertanggung olehmu rupa-rupanya...

Saya terus update berita ini kepada maksuhakim, marylin, papa meow, kaizen, cik siti dan eddie ezuan menerusi sms.

Pada pagi Sabtu di tempat kerja, hati saya menjadi lesu. Tak habis-habis memikirkan tentang Hero...Ini baru sakit, bagaimana pula kalau Hero dah tiada nanti? owh...!!! Saya tak mahu menjadi terlalu optimis. Saya memikirkan keadaan sekarang terlebih dahulu,barulah boleh fikir masa akan datang.

Sehingga pukul 11am, masih tiada berita dari Dr Intan...hati saya semakin gusar...saya ada menelefon klinik, tetapi tiada jawapan. Oleh kerana tak tahan menanggung gusar yang teramat sangat, saya bertindak untuk keluar dari pejabat. Selepas meminta izin dari superior untuk keluar sebentar,saya telah meminjam motorsikal rakan sekerja saya. Kalau naik motorsikal ni cepat sampai...kalau naik kereta takut jalan raya sesak dan perjalanan lambat.

Alahai....klinik tutup pula.... saya terlupa yang Dr Intan ada menampal notis di pintu masuk mengatakan pada Sabtu 24 Julai 2010 klinik akan ditutup. Saya pergi ke pintu belakang dengan harapan ada orang tetapi hampa. Pintu belakang juga tertutup rapi...aku asyik melihat pintu belakang itu. Alangkah bagusnya kalau aku dapat bertemu dengan Hero sekarang...saya jerit kuat-kuat kat pintu belakang klinik tu tanpa menghiraukan orang ramai yang lalu lalang...Saya peduli apa, orang bukannya kenal saya pun...lagi pun saya pakai helmet ( Appolo ).

Saya jerit kuat-kuat kat pintu belakang tu dengan harapan Hero akan mendengarnya:

" Hero,,,ayah datang ni...Hero jangan tak makan yer....nanti hari Isnin ayah datang jumpa Hero tau...!!!!Ayah sayang kat Hero....!!!!"

Saya berlalu pergi dengan motorsikal dengan keadaan mata yang berkaca-kaca dan nafas yang sebak tanpa mempedulikan orang ramai yang asyik memerhati saya. Hati saya sedih di sepanjang perjalanan pulang ke pejabat. Terasa perjalanan begitu jauh sekali padahal jaraknya tak sampai pun 7km. Dari SS2 ke Kelana Jaya...apelah sangat...

Ketika sudah tiba di separuh perjalanan, saya menerima sms dari Dr Intan dan sepantas kilat saya berhenti di tepi jalan. Sms tersebut berbunyi :

" Salam, Alhamdulillah Hero dah sedar and he starts to eat now. Luka di scrotumnya dah mula kecut sedikit tapi masih basah. Saya ada di klinik pagi tadi tapi skg saya di luar. I suggest you to come & visit Hero tomorrow..."

Aku tiba-tiba senyum tak henti-henti...mataku sudah tak berkaca lagi...aku tahu Hero memang seekor kucing yang kuat semangatnya...lihatlah cara dia melompat naik ke tangga, lihatlah bagaimana dia gaduh dengan Pak Tam, lihatlah bagaimana Hero bertempur dengan kucing liar sehingga kucing liar tersebut lari lintang pukang, lihatlah bila suhu badannya sudah mencecah 40darjah celcius tapi tak terkena sawan pun...masih boleh bertahan lagi..lihatlah kaki hadapannya yang putus tetapi masih boleh hidup lagi....

Hero, maafkan papa yer sebab lambat hantar pergi ke klinik....nanti ayah datang jumpa Hero yer...Papa sayang kat Hero....
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search