Aku Amat Merindui Hero...hu hu hu

- 22.37
advertise here

Sekalung budi dari saya kepada pihak Kelana Jaya Veterinary Clinic khususnya buat Dr Intan dan En. Hadzwan yang telah bertungkus lumus memberi yang terbaik buat kucing kurang upaya kepunyaan saya iaitu HERO....

Setibanya saya di klinik, saya 'disambut' oleh Sammy, salah seekor kucing peliharaan Dr Intan. lihatlah susuk tubuh seberat 8.7kg ini.....sihat sungguh....seumur hidup saya, belum pernah saya jumpa kucing sesihat ini....

AMARAN : Ada gambar / video yang terdapat di dalam entri ini agak memualkan. Pandai2lah yer...





Ini adalah di antara kucing-kucing jalanan yang telah dijadikan anak angkat Kelana Jaya Veterinary Clinic...beruntung sungguh mereka ni....mereka telah dikasi dan diberi vaksin...kredit untuk Kelana Jaya Veterinary Clinic...

Inilah keadaan luka Hero selepas dirawat....

Dari air muka Hero, dia seolah-olah amat merindui saya...nasib baik saya dapat kawal perasaan masa ni...segan plak dengan Dr Intan dan En Hadzwan...


Beginilah keadaan testis Hero Sebelum dirawat. Ianya telah menjadi bisul.

Lihatlah testis di sebelah kanannya...

Maaf, gambar di bawah ini agak memualkan....

Beginilah nanah yang keluar dari testis Hero apabila dipicit...menurut Dr Intan, nanah memang terlalu banyak...

Selang beberapa hari, nanah masih ada lagi....

Di bawah adalah video semasa saya di Kelana Jaya Veterinary Clinic tengahari tadi....

Testis Hero yang telah dikeluarkan oleh Dr Intan selepas proses pengasian. Testis yang kecil adalah saiz yang normal. Lihatlah betapa sengsaranya Hero..aduhai Hero, maafkan papa kerana lambat menghantarmu ke klinik....


Nampaknya, Hero dah biasa dan manja dengan En Hadzwan.Bau tu dah ada...


Penerangan lengkap oleh Dr Intan dari Kelana Jaya Veterinary Clinic..



Saya betul-betul rindukan Hero...inilah masanya saya nak bermesra kejap dengan dia....dia akan ditahan lagi seminggu...hu hu





Menurut Dr Intan, Hero akan dipantau sekurang-kurangnya 1 minggu lagi di kliniknya. Sekiranya lukanya masih belum kering, beliau terpaksa menjalankan ujian AIDS dan Leukimia ( Dr intan, tolong betulkan kalau ada kesilapan di sini )...Baru kini saya tahu yang kucing juga mempunyai jangkitan HIV...lain kali saya ceritakan dengan lebih lanjut sebab sekarang agak sibuk dengan kerja.

Keadaan Hero sekarang sudah sihat..selera makan baik, sistem perkumuhan berfungsi dengan normal. Cuma lukanya sahaja masih belum kering...

p/s :

1 ) Hero, papa dan mama akan sentiasa mendoakan Hero supaya cepat sembuh dan cepat pulang ke rumah..nanti saya update lagi...sekarang nak sambung kerja....boss dah jeling2 kat aku dah....menciii....!!!!

2 ) Mataku berkaca lagi sebaik sahaja keluar dari klinik tu...hu hu
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search