Menyelami Perasaan Kaki Hero Yang Dikerat.....

- 21.00
advertise here
Al-kisah Hero yang manja ni memang menghiburkan kami sekeluarga..terkadang tu, aku cuba untuk menyelami perasaannya...


1 ) Apa rasanya ketika dibuat sedemikian rupa?



2 ) Macamana lenguhnya tulang belakang ketika nak makan dan minum?


3 ) Macamana rasanya apabila tak boleh mencakar seperti kucing2 lain?



4 ) Macamana sukarnya nak mengawan?



5 ) Macamana rasanya apabila selalu berada di rumah dan tak boleh bersiar2?


6 ) Macamana rasanya apabila ada tiba-tiba ada kucing lain bergaduh dengannya? Hero memang boleh melawan tapi setakat mana?


7 ) Macamana rasanya apabila tak boleh berjalan akibat dimakan usia?



8 ) Macamana rasanya apabila kasih sayang yang diterima melebihi dari
kucing2 yang lain?



9 ) Macamana rasanya apabila lapar tapi nak pergi mangkuk makanan tu jauh?


10 ) Macamana agaknya kalau Hero hilang dari rumah? Boleh ke dia survive?


11 ) Kalau dikasikan, adakah dia sengsara? Berhakkah aku mengambil haknya?


12 ) Bagaimana keadaannya kalau aku tak mengambilnya dulu? Adakah insan lain yang akan mengambilnya? Aku rasa tak sebab masa aku terjumpa Hero, orang2 yang kat kawasan tu cuma tengok dan hairan je...mungkin sebab terlalu banyak darah dan mereka geli...dan memikirkan kos perubatannya..


13 ) Macamana rasanya apabila kaki dikerat?


14 ) Macamana rasanya tak boleh berlari dengan laju?


15 ) Dan akhir sekali, bagaimana keadaan kami sekeluarga kalau Hero dah tiada nanti?? Hanya blog ini akan menjadi sinambungan kehidupan kucing yang ku sayangi ini....

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search