Ujian Minda Untuk Korang...Tak Nak Try Ke??

- 06.52
advertise here
Dalam sebuah syarikat, ada 5 orang staf. Mereka ialah :-

1) Suzie

2) Ahmad

3) Sulaiman

4) Michael

5) Adam

Setiap daripada mereka menyandang salah satu dari 5 jawatan tersebut iaitu :-

1) Pengurus

2) Akauntan

3) Peguam

4) Setiausaha

5) Kerani

Soalannya :-Berikan nama dan jawatan kelima-lima staf tersebut berdasarkan klu yang diberikan di bawah..
[B]KLU[/B]

1) SETIAUSAHA menaip surat yang diberikan oleh PENGURUS kerana menggantikan KERANI yang telah keluar untuk menunaikan solat Jumaat bersama-sama dengan PEGUAM.

2) PENGURUS dan PEGUAM telah keluar. AKAUNTAN pula memotong gaji SULAIMAN dan ADAM kerana tidak datang bekerja pada hari Sabtu.

3) AKAUNTAN pandai bermain tenis dan pernah memenangi beberapa kejohanan perseorang lelaki.

4) AHMAD pula ingin belajar cara-cara bermain tenis dengan AKAUNTAN.

5) SULAIMAN telah mengajak SETIAUSAHA untuk makan malam bersama tetapi SETIAUSAHA menolak kerana ada temu janji dengan orang lain.

Jawapannya Ialah.....

P/S : Korang carik dulu jawapannya pastu tinggalkan jawapan kat ruangan komen...nanti aku bagi jawapannya...Good Luck...
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search