Aku Tikus Yang Hina

- 17.42
advertise here
Aku dihina manusia kerana dikatakan membawa penyakit,
Aku dibunuh manusia kerana jijik,
Aku dikurung oleh manusia hingga mati kerana memasuki rumah yang kotor,
Aku juga digam di atas kayu dan dijemur di tengah panas,
Aku dimakan kerana kerakusan manusia,
Sekotor2 aku, aku amat sayangkan anak2 aku,
Aku juga melahirkan anak seperti manusia,
Aku selongkar sampah demi anak2,
Aku tak pernah pukul anak2 aku,
Aku tak pernah lalai akan tanggungjawabku,
Aku tidak lupa berzikir kepada Yang Maha Esa,
Seadanya aku di dunia, segala tanggungjawabku telah aku tunaikan,
Sepeninggalan aku di dunia, tiada siapa yang akan pedulikan aku,
Sepeninggalan aku di dunia, siapakah yang akan menjaga anak2 aku yang masih bayi,
Sepeninggalan aku di dunia, manusia akan bersorak gembira,
Selamat tinggal wahai manusia,
Aku tidak akan mengganggumu lagi...



TIKUS INI BARU SAHAJA DIGILIS OLEH SEBUAH KERETA KETIKA INGIN MELINTAS JALAN PAGI TADI...DARI JAUH, AKU DAH NAMPAK TIKUS NI TERAGAK2 UNTUK MELINTAS...MUNGKIN TIKUS INI INGIN PULANG KE SARANGNYA YANG BERADA DI SEBERANG JALAN..TIKUS INI JUGA MEMBAWA SECEBIS MAKANAN KETIKA MELINTAS...SELEPAS DIGILIS, TIKUS INI MENGGELUPUR SAMBIL PANDANG KE ARAH AKU LALU MATI...AIR MATA AKU BERGENANG LALU AKU DEDIKASIKAN ENTRI NI KHAS BUAT TIKUS YANG COMEL NI...
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search