Cabaran Blogger-Student 1 : Mata Lesu

- 10.39
advertise here
As Salam semua

Aku tahu cabaran seorang blogger-student mahupun pelayar internet tegar adalah bersengkang mata. Kalau idea tengah ada, malam buta tengah malam mana pun sanggup menaip mematuk keyboard supaya ilham yang datang entah seminit dua tadi tak dipersia. Student pun begitu. Waktu sepertiga malam tu lah paling syok untuk mentelaah ilmu kalau kau nak tahu. Syahdunya lain macam! Hati dan akal pun tenang takde tapis-tapis. Ilmu terus menyerap. Tapi kan awak, tapi kan awak... perasan tak sebenarnya kita bagi tekanan pada satu nikmat yang tak terhingga nilainya. Cuba teka-cuba teka? Yerp, mata! Mata awak tu sayang.

Kau bersengkang mata tu, sebenarnya kau bagi tekanan yang hebat buat mata kau. Sebab takde rehat. Kau paksa dia terus bekerja. Kesian dia kan? Mesti mata tu letih. Esok pagi, dengan tak cukup tidur kau gagahkan dia lagi untuk ke kelas mahupun ke office. Kau suruh dia bekerja lagi. Urat merah dah mula timbul. Mata hitam mula kelabu. Lagi dasyat kalau dilekapnya contact lense.

Tapi. Don't worry sayang. Aku ada sesuatu yang dapat membantu korang semua. Sesuatu yang dapat fresh-up balik bola mata korang.

Produk : C3 Rohto C Cube
Harga : RM 11.00
Lokasi Dibeli : Classic Optical, Kluang Johor 



Kalau korang nak tahu, masalah yang aku hadapi adalah keadaan mata yang lesu. Aku jenis suka tidur lewat malam. Kalau tak pun, aku tidur sekejap lepas maghrib and then dalam pukul 12 gitu aku stay up. Memang kalau diikutkan cara aku tu salah. Tapi dah time tu je aku rasa paling sesuai dengan aku untuk mentelaah. Nak tak nak, memang matalah terpaksa bersengkang. Tu yang mata aku kelihatan lesu dan penat. 

Sampailah aku jumpa benda ni. Bagus dan praktikal. Kenapa aku kata dia bagus? Ok, firstly... selalunya kalau kita kata eye drop mesti korang akan ingat eye-mo kan. Tapi tahu tak korang yang eye-mo sebenarnya hanya sesuai digunakan untuk mereka yang tidak memakai contact - lense! So, here is the point. C3 Rohto Cube ni bukan sekadar sesuai untuk mereka yang tak pakai cermin mata, malahan yang pakai cermin mata dan yang pakai lense pun boleh guna. Kiranya all-in-one. Dia sesuai dengan semua keadaan. 

cute huh! 

Praktikal pulak sebab bentuk dia sangat unik dan comel gitu. Memang cute. Masuk dalam purse pun boleh. Dia agak nipis dan bentuk cube. Jadi memang mudah untuk dibawa kemana-mana. Tak payah lah bawak botol besar eye-drop tu kan. 

baca sendiri boleh kan?


Selepas aku gunakan, memang rasa cool yang amat pada bola mata kita. Rasa clean and fresh. Memang terasa. Dan menurut optometry tu, kalau digunakan secara berterusan bukan sekadar dapat hilang lesu malahan warna gelap bawah mata akan turut hilang. Harganya pun berpatutan kan, so apa kata korang try jugak! Pakai lense ke, tak pakai ke, semua boleh guna.... 




p/s: Dari mata turun ke hati! 

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search