Salam semua
Resipi kedua pulak.... KEK OREN CIK MARIA. *letak nama mak aku sebab dia yang teringin benar nak kek oren. Lama tak makan kek oren katanya. Jadi, sebagai anak yang solehah. Ikutkanlah... tak susah mana pun. Dua biji kek ye tuan-tuan dan puan-puan dalam sehari.*belagak! baru dua bijik bukan doploh bijik
Tak cukup kalau setakat kek je yang aku cuba. Kena asah lagi skill...baru boleh masuk list menantu pilihan kan? heheheh. The next day, aku buat PUDING ROTI KITA BAKOR AJE. * bukan resipi Kak Limah yer! Puding roti ni sebenarnya adik aku punya pebret. Tapi tak pernah buat pun. So, sebelum dia balik bercuti, aku try lah dulu kan. Nanti dia balik, dah hafal cara-caranya. Boleh berlagak sikit. Muahahahah!!!
Hey tengok orang kawen berduyun-duyun minggu lepas bukan main lagi seronok. Cantik-cantik belaka para pengantin. Macam pinang dibelah dua. Tengok orang kawen ni, rasa aku pun macam nak cepat jugak naik pelamin. *PANGGGGGG!!!! Mendenya nak kawen, masak pun tak reti kan, ada hati nak jadi bini orang. Daripada berangan tu, baik belajar cemana nak jadi calon menantu terbaik! Tak tahu macam mana? Simple. Korang kenalah pandai masak dulu. Baru bakal mak mertua sayang! Barulah laki tak cari lain kan?
![]() |
Gambar takde kena mengena. recently love his teeth & his smile =) |
Sebenarnya, aku tengah kemaruk nak mengetest Oven Baru yang aku dapat hari tu. Makanya, bermacam-macam resipi lah yang aku cuba. Sambil tu asah bakat sekali jadi tukang masak. Boleh tahan jugak air tangan aku.... hahahahah*peduli apa aku puji diri sendiri. =)
Resipi pertama yang aku cuba adalah KEK CHOCOLATE MOIST LOVE YOU-lah! Letak sendiri tau nama tu. Alhamdulillah menjadi experimental cake pertama aku ni. Gebu jugaklah... walaupun taklah sehebat kek Mat Gebu kan...tapi okehlah. Kek ni, aku buat sempena Mother's Day. Tu pasal ada love-love kecik atas tu. Walaupun dah lambat kan, tapi aku tak peduli. Yang penting, ni hadiah aku pada mak aku.
Coklat tak berapa nak penuh la kan. Sebab masih tak tau nak bajet lagi. |
Advertisement
terliur tak....??? please say YES! |
![]() |
ni dalam dia...ok tak Mat Gebu? komen plis! |
Keluar dari oven terus kena pose tau! Letak kulit limau yang dihiris-hiris kat atas. Bagi make up sikit! |
Amacam? Terliur lagi tak? |
Bau dia....pehh.... make me fly sangat! Lazat... |
Kismis memang fevret my dad, so letak banyak-banyak. |
Alhamdulillah, setakat 3 resipi ni aku dapat pujian lah daripada makcik-makcik aku. Yang penting family aku sangat menggemarinya. Heheh... siap bawak balik kampung lagi tu. Sikit sama sikit kan. Yang penting, semua merasa. Pada pandangan aku, walau sehebat mana pun seseorang perempuan tu dan belajar tinggi mana pun dia, dia MESTI dan WAJIB amik pusing dan tahu perihal dapur. Tak banyak, sikit-sikit pun kena tahu masak. Kena belajar pegang sudip dan kuali. Untung tau kalau kita pandai masak. Apa jer yang teringin nak makan, semua boleh buat sendiri. Selain boleh jimat duit, boleh juga menjamin kesihatan dan kebersihan makanan. Takdelah asyik bau kedai je kan... aku pun bukanlah hebat mana di dapur. Ada masanya jugak malas nak menolong mak aku masak.... so, jom lah sama-sama kita merajinkan diri try resipi-resipi mudah. Happy sangat tau bile tengok orang makan hasil air tangan kita dengan penuh selera.
p/s: Makcik-makcik... please short listed aku as "CALON MENANTU" untuk anak bujang makcik yang gojes tu yer! =) hahahahaha *larikkkkkkk