Salam semua
Contest daripada Nuffnang datang lagi! Untuk kali ni, memang aku tak kan sia-siakan peluang yang ada. Memang target story! Sapa yang tak nak tiket free untuk cerita Transformers kan?? Jadi, aku memang buat entry ni bersungguh-sungguh. Harap-harapnya ada rezeki lagi lah kan macam ENTRY TERBAIK NI.
Untuk itu, aku telah memilih OPTION A untuk mencapai cita-cita aku mendapatkan tiket free tersebut. Ada dua part yang perlu aku langsaikan.
Part 1: Tell us how you would protect the world from the Decepticons
Advertisement
Tahukah anda bahawa huruf-huruf T.R.A.N.S.F.O.R.M.E.R.S itu sendiri merupakan perkataan-perkataan hebat dan berkuasa untuk melindungi bumi daripada ancaman Decepticons??? Kalau korang tak percaya, mari aku buktikannya.
Kerjasama berpasukan yang ditunjukan sesama Autobots sangat hebat dalam melindungi bumi. Mereka sanggup berkorban nyawa asalkan bumi tidak jatuh ke tangan Decepticon!
Matlamat mereka ke bumi sangat jelas. Mereka realistik dan bersedia dengan segala cabaran asalkan matlamat mereka tercapai dan memusnahkan kejahatan Decepticon.
Setiap Autobots memiliki kemampuan yang tersendiri dan hebat dalam melindungi bumi. Kekuatan semulajadi yang ada pada mereka merupakan senjata menentang kemaraan musuh, Decepticon.
Mereka tak pernah mengalah walaupun nyawa menjadi taruhan. Masihkan korang ingat saat Bumblee Bee putus kaki namun tetap berjuang menentang musuh? Saat Optimus Prime kehilangan nyawa demi menyelamatkan bumi? Tapi mereka tak pernah mengaku kalah!
Pengorbanan memang diperlukan untuk berjaya. Autobots telah banyak berkorban dan pengorbanan Autobots tidak ada tolok bandingnya. Asalkan keamanan dunia terjamin dan manusia selamat.
Keakraban persahabatan antara Sam dan Bumble Bee sangat dikagumi. Autobots dan Sam sama-sama saling menyayangi. Persahabatan mereka kekal demi menjaga keamanan bumi dan keselamat Autobot sendiri.
Optimus Prime sangat hebat kerana boleh menjalin hubungan persahabatan dengan sesama Autobot dan manusia yang mana ia menjadi kunci kepada kejayaan menentang Decepticon.
Walaupun dariapada dua dunia berbeza, manusia dan Autobot saling menghormati. Apabila perasaan hormat itu wujud, maka kita semua boleh hidup aman dan tenteram.
Semangat dan persahabatan antara Sam dan Bumble Bee memang menjadi pembakar semangat kepada Sam untuk melindungi Autobot juga.
Untuk menghalang musuh, kita perlu berusaha. Usaha pasti akan mendatangkan hasil. Jelas kelihatan usaha Autobot bergandingan dengan manusia dalam memusnahkan Decepticon perlu dicontohi.
Result? Pastinya bumi akan tenteram tanpa gangguan Decepticon dan kehidupan Autobot akan dilindungi.
Kejayaan yang sangat bermakna apabila kita bekerja dibawah satu kumpulan dengan semangat kerjasama yang tiada tolok bandingnya. Pasti dunia akan tenteram dan tiada gangguan!
Haaaa betulkan aku cakap, huruf-huruf dalam perkataan TRANSFORMERS tu boleh menjadi cara kita melindungi bumi daripada serangan Decepticon. Sekarang beralih kepada bahagian kedua.
Part 2: which Autobots character you would like to transform into to protect the world.
Dalam banyak-banyak Autobots, aku sangat mengkagumi OPTIMUS PRIME dan aku ingin 'transform' OPTIMUS PRIME dalam usaha sama melindungi bumi.
Pada mata aku, OPTIMUS PRIME merupakan satu Ketua kepada Autobots yang terbaik. Kepimpinannya tidak dapat disangkal lagi. Sentiasa memikirkan baik dan buruk sesuatu tindakan sebelum mereka menyerang Decepticon. Malahan, OPTIMUS PRIME sanggup berkorban nyawanya dalam menyelamatkan bumi.
OPTIMUS PRIME juga sangat berani. Tidak pernah takut dan mengalah dengan segala ancaman daripada Decepticon. Malahan OPTIMUS PRIME juga merupakan Autobots yang bijak dalam mengatur percaturan menyerang Decepticon. Walaupun, OPTIMUS PRIME dilihat sebagai satu Autubots yang gagah, tapi dia tidak pernah sombong dan sentiasa mementingkan keselamatan Autobots yang lain dan mementingkan kerjasama antara sesama Autobots dan manusia bagi menumpaskan Decepticon. Terakhir sekali, aku melihat OPTIMUS PRIME sebagai satu Autobots yang sangat dikagumi kerana kuasa yang ada padanya sungguh luar biasa! Disebabkan itulah, aku memilih OPTIMUS PRIME untuk aku 'transform' menjadi Autobots yang lebih hebat dan hebat dalam menumpaskan Decepticon!
Kalau nak lagi syok, korang bukan sahaja boleh menang tiket wayang free tapi korang juga berpeluang untuk dapatkan Panasonic Plasma TV 42'' dengan 3D Blu-Ray Player + Combo Kit yang bernilai RM 4999. daripada GSC- EON BANK CARD. FUHYOOOOOOOOOOOO!!!!! hebat tu!!! Untuk maklumat lebih lagi, korang jangan segan.... cepat-cepat LIKE facebook THE ULTIMATE MOVIE CARD.
p/s: Wish me luck!!! Harap-harap jodoh aku dengan Shia La Beouf sekuat jodoh aku dengan Abg Jack! Kacak!!!!