Selasa, 26 Januari 2016

Upacara Pelik Pakai Daun Pisang


BIBICLAT - Beratus-ratus penduduk kampung ini di Filipina menutup badan mereka dengan lumpur dan daun pisang kering dalam satu perayaan yang disambut oleh penganut mazhab Katholik.

Upacara keagamaan unik itu diadakan pada setiap tahun oleh penduduk kampung di sini, sekitar 138 kilometer ke utara Manila sejak 1945 lagi.

Sebelum memakai kostum daun pisang, para peserta melumur seluruh badan dan muka mereka dengan lumpur supaya tidak dikenali oleh orang lain.

Penduduk kampung tersebut berbuat demikian untuk meniru seorang pendita Kristian, St. John yang dipercayai berpakaian seperti pengemis.

Menjelang fajar, mereka akan berkeliaran di kampung tersebut untuk meminta sedekah.

Penduduk setempat akan memberikan wang atau lilin kerana mempercayai dengan berbuat demikian, kehidupan mereka akan dirahmati Tuhan.

Selepas upacara tersebut selesai penduduk kampung itu akan berkumpul di gereja.

http://www.kosmo.com.my





Senin, 25 Januari 2016

Lelaki Mempunyai Dua Wajah Depan Dan Belakang

Kejadian aneh ini terjadi pada abad ke-19, Lelaki yang mempunyai dua wajah ini bernama Edward Mordake, satu di bahagian depan sebagai mana layaknya manusia pada umumnya dan satu lagi berada di belakang. Wajah bahagian depan berfungsi normal sedangkan wajah bahagian belakang walaupun secara struktur wajah lengkap seperti wajah yang lain, tapi hanya boleh tersenyum tidak boleh bercakap ataupun makan.

Edward hidup dilahirkan dalam sebuah keluarga keturunan bangsawan Bangsawan Inggeris. Keluarganya sangat menyayanginya, mengasuh dan menjaga dengan penuh cinta sayang, namun satu perkara yang kelihatan selalu mengganggu fikirannya adalah satu wajah yang melekat pada kepala bahagian belakangnya.

Tidak ada rekod perubatan yang lengkap pada waktu itu kerana terbatasnya tekhnologi pada zamannya, namun semua catatan menyebutkan satu hal yang sama bahawa Edward adalah seorang pemuda yang menawan dengan keperibadian yang mulia. Namun ketampanan itu hanya terlihat dari depan, ketika dia membalikkan tubuhnya wajah muram dan menakutkan.

Beberapa kisah lain menyebutkan bahawa wajah kedua Edward adalah seorang gadis cantik, tetapi para saintis membantah soal itu kerana kembar parasit selalu mempunyai jantina yang sama. Cerita lain menyebutkan juga bahawa wajah kedua Edward adalah wajah Iblis yang selalu memanggil syaitan dan kejahatan.


Top