Wajah Adolf Hitler didakwa muncul di telinga haiwan. Kali ini, pemimpin Nazi berasal dari Jerman itu muncul di bahagian telinga seekor anjing German Shepherd. Foto penampakan Hitler itu pertama kali disiarkan oleh pengguna Reddit. Kerana motif yang mirip Hitler itu, anjing tersebut digelar sebagai furred Reich.
Sebenarnya, Hitler pada masa Perang Dunia II juga memelihara anjing bernama Blondi yang sama-sama dari bangsa German Shepherd. Namun nahas, pada 1945, Hitler mengarahkan doktor peribadinya menguji pil sianida pada Blondi. Anjing itu kemudian ditemui mati. Disebutkan, kala itu Hitler marah besar akibat kematian Blondi. Sebelum ini, pada Mac lalu seekor anjing kecil dari jenis Chihuahua juga mempunyai potongan yang mirip dengan Fuhrer.
Advertisement