Walaupun dilanda ribut taufan Sandy dan pejabat penganjurnya ditenggelami air baru-baru ini, acara yang diberi nama Perarakan Ikan Duyung tetap dapat dilaksanakan dengan cukup meriah.
Penganjur dikatakan berjaya mengumpul dana sebanyak AS$100,000 (RM300,000) untuk membiayai acara tersebut.
Advertisement
Perarakan Ikan Duyung bermula pada tahun 1983. Antara matlamat penganjurannya adalah untuk menghidupkan kembali cerita-cerita dongeng dan sebagai hiburan untuk penduduk setempat.
Tidak seperti perarakan lain, acara itu tiada kena mengena dengan apa jua etnik, agama atau keuntungan komersial.
Acara tersebut menjadi perarakan seni paling besar di Amerika Syarikat yang menampilkan lebih 1,500 orang peserta dari seluruh negara Uncle Sam itu.
jom saksikan foto-foto menarik dibawah: