6 Tips Dan Cara Nak Jadi Blogger Terkenal Di Blog

- 20.03
advertise here
Sumber : goggle blogger terkenal

Pertama : Terkenal di enjin pencarian - Apabila seseorang mencari sesuatu maklumat, pastikan blog anda berada pada tangga teratas carian. Untuk membolehkan blog anda berada pada enjin pertama carian, pemahaman tentang SEO atau Search Engine Optimization penting bagi memastikan setiap kata kunci yang ditaip oleh pengguna dikaitkan dengan blog kita.

Kedua :Terkenal di kalangan blogger - Nak jadi terkenal di kalangan blogger ada dua cara. Yang pertama, anda mesti dikenali sebagai blogger mesra, yang mana anda mesti melakukan aktiviti blogwalking, komen entri blogger lain dan bina rangkaian/ hubungan sesama blogger. 

Yang kedua, mesti menyertai apa-apa jenis aktiviti yang dikaitkan dengan blogger. Sebagai contoh, Sepetang Bersama Blogger atau acara yang dibuat oleh pihak advertiser seperti Nuffnang. Bersua muka dengan blogger secara tak langsung blog anda akan jadi benchmark untuk terkenal di dunia blog.

Ketiga : Nama blog catchy - Nama blog mestilah menarik perhatian pembaca. Katakanlah nama blog anda "The Story Of My Life" atau "From My Point Of View", agak-agak anda sebagai pembaca nak klik tak jika ternampak link blog dengan nama cliche macam kat atas? Bayangkan kalau nama seperti "Denaihati, Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Nick Nashram..rasa suspicious nak tahu siapa sebenar blogger ni?

Keempat : URL blog mudah disebut - Pastikan alamat blog mudah untuk pembaca ingat dan sebut. Contoh, naickynaishraimzxx.blogspot.com. Cuba hafal sekarang pastu sebut. Fail kan?? Maknanya tersangat tak sesuai untuk dijadikan alamat blog. Ngerti?

Kelima : Tajuk entri ada kaitan dengan entri - Jangan jadi propa dengan bagi tajuk yang tak ada kaitan dengan isi entri. Macam blogger sorang ni, tajuk entri bukan main hot "Lagi Artis Baru Malaysia Berbikini Di Bali". Bila buka, rupanya cerita pasal benda lain. Marah orang yang search nak cari gambar bikini tapi tak jumpa..hehe

Keenam : Letak gambar profile yang cun - 99.9% manusia suka benda yang cantik. Kalau malas nak make up ke hape, pastikan ambil gambar guna kamera 360 kalau nak nampak flawless la. Majoriti blogger yang cantik, kebanyakkannya ada follower yang ramai dan biasanya pendapatan bertambah melalui product review.

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search