Foto-Foto Sekitar Majlis Akad Nikah Yana Samsudin-Fadzil Zahari.

- 08.00
advertise here
  Kredit foto murai.com.

Tahniah diucapkan kepada aktres Yana Samsudin yang baru sahaja selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Fadzil Zahari.

Pasangan ini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada jam 4.15 petang tadi dalam satu majlis yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Yong Peng, Johor.

Pelakon Shahiezy Sam dan Erra Fazira turut hadir dalam majlis akad nikah itu dengan bertindak sebagai pengapit kepada pasangan tersebut.

Majlis berkenaan diadakan secara sederhana dengan dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak, kenalan artis dan teman rapat pasangan itu.

Yana, 29, mula berkenalan dengan Fadzil, 32, kira-kira lima tahun dahulu sebelum Fadzil merisik Yana pada 16 September 2010.

Fadzil yang juga adik kepada aktor Farid Kamil menghantar rombongan meminang kepada keluarga Yana sekitar Disember tahun lalu.

Berikut adalah sebahagian dari foto-foto majlis akad nikah Yana dan Fadzil yang diambil dari Instagram Fadzil Zahari sendiri.murai.com.


















Advertisement
 

Start typing and press Enter to search