Aishwarya Rai Dikelilingi 10-12 Bodyguard Ketika Syuting Filem!

- 12.00
advertise here

 Kredit foto murai.com.
Selepas 5 tahun tidak muncul dengan sebarang filem, akhirnya bintang Bollywood Aishwarya Rai sudah bersedia untuk kembali ke layar perak.

Kembali dengan filem arahan Sanjay Gupta, Aishwarya Rai bagaimanapun telah disediakan dengan kawalan keselamatan yang cukup ketat oleh pihak penerbit.

Menurut sumber dalaman, Aiswarya Rai telah disediakan lebih 10 hingga 12 pengawal peribadi yang akan mengawalnya sewaktu dia menjayakan penggambaran filem tersebut.

Tindakan itu dibuat kerana pihak penerbit tidak mahu gambar Aiswarya Rai ketika beraksi dan set lokasi penggambaran filem tersebut 'terlepas' di sosial media oleh peminat-peminat.

Memandang filem ini turut dibintangi Irrfan Khan dan Shabana Azmi, maka pihak penerbit tidak punya jalan lain melainkan menyediakan kawalan keselamatan yang ketat bagi memudahkan tugas barisan pelakon lain serta krew produksi untuk menjayakan filem itu.

Maka, di atas sebab-sebab tersebut, pihak penerbit terpaksa mengeluarkan wang sejumlah RS40 lakh (231,389) termasuklah menggunakan agensi keselamatan yang baru setelah agensi keselamatan yang sebelumnya tidak melakukan tugas mereka dengan baik sebelum ini.murai.com.
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search