Duit Dalam E- Penyata Gaji Aku Hilang Kena Hack!

- 07.28
advertise here

Bayangkan korang duk tunggu gaji masuk, sedar tak sedar rupanya gaji korang tu dah kena godam dengan hacker. Cuak tak kalau kena macam tu? Sekarang ni dah heboh dengan e-Penyata gaji kena godam. Kadang-kadang takut nak check slip gaji online
 
Khas untuk cikgu-cikgu ye, Kementerian Pendidikan Malaysia tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada sekolah-sekolah untuk memberi senarai nama guru-guru dan kakitangan sekolah bagi tujuan pengemaskinian maklumat pengkalan data Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Kalau dapat surat dari mana-mana email, tu penipu namanya. Macam ni la rupa surat palsu dalam email tu ye.


 
Tapi sistem e-Penyata gaji katanya ciri-ciri keselamatan tu dah di upgrade. Kena update no h/p dan email. So, kalau password korang tu kena reset, automatically notification akan dihantar kat korang samada melalui sms atau email. Macam-macam la orang nak paw duit orang sekarang ni :(


P/S : Tajuk entri tu saje je buat gempak..gaji dah masuk woiii 10hb ni..hehehe

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search