3 benda yang buat aku tersengih je minggu ni. Yang pertama dah terima email dari HSBC pasal duit blog yang cashout bulan 3 haritu. Tak banyak pun..first time cashout dapat RM 55.75 sen je..huhu. Ok, la tu daripada tak dapat langsung. Cuma lepas ni nak tunggu sampai 1k baru nak cashout.
Yang kedua CPUV dah mula melekat kat blog aku..sebelum ni malu-malu pulak. So, kalau korang blogger yang hensem, cantik, cute dan baik, jangan lupa eh klik dekat iklan yang ada kat blog aku ni :)
Yang ketiga aku dah terima surat tawaran pelantikan tetap jawatan pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah DG41. So, gaji pokok ialah RM 2,222..campur dengan elaun jadi la 3k. Ni yang buat tak sabar nak angkut kereta baru ni..kahwin tu tangguh la dulu. So, benda apa yang buat korang tersengih minggu ni?
Advertisement