Masa tengah kemas fail terjumpa pulak dengan borang penilaian ujian memandu. Korang ingat lagi tak macam mana perasaan korang bila nak test lesen dengan encik JPJ? Kecut perut, takde selera nak makan, berdebar..macam-macam lagi la. Bagi aku, cukup la sekali ambil lesen..tak nak dah ambil lesen pasni. Mujur sekali test terus lulus..tu pun dapat 17/20..ngam ngam je lulus..hehehe
Ok, ni cerita lucu masa aku ambil lesen tahun lepas. Ada sorang perempuan ni..rasa-rasanya dia memang tak pernah bawak kereta. Bila ditanya boleh ke dia bawa kereta naik bukit, so dia jawab boleh. Biasanya bila dah naik bukit tu kita tekan brek dan tarik handbrake kan. Tapi dia ni siap bukak pintu nak brek dengan kaki..gelak sakan weh..hahaha. Ada jugak yang terlanggar divider atas bukit sampai terbalik kereta..mujur driver tu ok. Macam mana agaknya pengalaman korang ambil lesen kereta/motor dengan pengajar yang garang ?
Advertisement