Dalam rangka memperingati 38 tahun pembebasan Da Nang, pemerintah Vietnam membina jambatan berbentuk naga terbesar di dunia yang terletak di atas Sungai Han. Tidak hanya itu, jambatan steel terbesar dari jenisnya di dunia ini dihiasi lebih daripada 2500 lampu LED dan dapat menyemburkan api!
Pembinaan jambatan naga dengan panjang 545 kaki ini di mulai pada tahun 2009. Selepas empat tahun kemudian, tepatnya tahun 2013 jambatan ini telah selesai dibina, dengan kos sebanyak $ 85 Juta Dolar Amerika! Jambatan ini merupakan jambatan yang cukup unik kerana selain memiliki tata cahaya yang indah ketika malam hari dan boleh menyemburkan api, jambatan ini mampu memancutkan air ke udara.
Jambatan ini dirasmi pada tarikh 29/03/2013. Melalui prosesi upacara yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri Nguyen Xuan Phuc, Menteri Pengangkutan Dihn La Thang, Jawatankuasa Pusat Dalam Negeri (mantan Ketua dan Setiausaha Parti Da Nang) Nguyen Ba Thanh dan pejabat Da Nang, yang memotong reben perasmian Jambatan Naga.
"Pencapaian ini merupakan hasil dari determinasi pemimpin Da Nang dan konsensus masyarakat setempat. Kerajaan sentiasa menyokong Da Nang untuk menjadi pusat ekomoni, kebudayaan dan pusat penembangan ekonomi di dataran tinggi tengah dan negara", tutur Timbalan Perdana Menteri dalam satu kenyataan.
Jambatan ini dibina oleh kontraktor Louis Berger Group yang merancang jambatan naga enam jalur meniru bentuk naga pada Dinasti Ly. Jambatan ini juga merupakan satu-satunya jambatan yang mempunyai reka bentuk steel tunggal di Asia Tenggara.
sumber

Advertisement