Sultan S.U.L.U Hantar Puteranya Sekolah Di Indonesia

- 08.42
advertise here
Sultan Sulu Muizul Lail Kiram akan menyekolahkan anaknya, Muhammad Ihsan (13 tahun), ke sebuah sekolah pondok di Jawa Timur. Pesantren ini sebahagian dari rangkaian jemaah tablig antarabangsa.

Dia meminta nama dan lokasi sekolah pondok tersebut dirahsiakan demi keselamatan putra mahkotanya itu. Dia mendedahkan dia bakal menghantar anak lelakinya itu ke  Indonesia, September tahun ini.

"Saya ingin dia menjadi orang alim. Saya juga ahli jemaah tablig," kata Sultan Muizul apabila dihubungi merdeka.com melalui telefon selularnya, Jumat (22/3). Dia menambah di sana Ihsan bakal belajar menghafal Al-Quran dan ilmu tafsir soal kita suci umat Islam itu.

Ayah tujuh anak ini menegaskan ilmu agama sangat penting buat keselamatan dunia dan akhirat. "Dia akan menjadi sultan nanti. Tidak ada yang boleh menolong kecuali Allah," ujar lelaki 46 tahun ini.

Advertisement
Menurut dia, pilihan menyekolahkan di  Indonesia lantaran sebahagian besar kaum Muslim  Indonesia bermazhab Syafii, persis umat Islam di Sulu. Dari segi bahasa dan budaya juga tidak terlalu berbeza.

Alasan ini pula yang membuat dia tidak mahu menyekolahkan anaknya ke Malaysia dan Arab Saudi. "Malaysia munafik dan saya tidak suka rejim wahabi di Saudi," Sultan Muizul menegaskan.sumber
 

Start typing and press Enter to search