Selamat Hari Lahir Blogger Nick Nashram

- 19.22
advertise here

Alhamdulillah, sedar tak sedar rupanya umur aku dah mencecah 26 tahun..syukur masih diberi kesempatan hidup kat dunia ni. Selamat hari lahir kepada blogger Nick Nashram..aku la tu..hehehe. Macam biasa, celebrate birthday dengan belanja kawan-kawan je.

Ada beberapa wishlist yang aku nak capai sempena birthday aku ni. Antaranya :

1. Tahun ni nak beli kereta Vios TRD Sportivo..tak jadi nak ambil kereta proton

 
2. Tambah lagi followers blog aku..kalau boleh sampai 5000.

Advertisement
 
3. Nak jadi cikgu,sir dan ustaz yang sabar. 

 
4. Ubah sikap suka shopping kepada jimat cermat..yang ni susah sikit. 

 
5. Cari jodoh..yang ni pun dari dulu lagi tak tercapai..bukan apa, dah jumpa yang berkenan, milik orang dah. Dah jumpa yang suka, takut pulak nak confess. 

 
6. Improve skill memasak..takkan la asyik masak nasi kerabu dengan tom yam je.


P/S : Terima kasih kepada bloggers yang bagi wish kat facebook..sape-sape yang nak bagi hadiah jangan la segan ye..aku terima je :)

 

Start typing and press Enter to search