"Melissa Saila"Anak Beri Sokongan Kekal Bertudung

- 17.30
advertise here
Sudah agak lama kita tidak mendengar sebarang publisiti tentang anak kepada seniwati Mariani, Melissa Saila, 41, yang kini sudah tampil bertudung sejak Jun tahun lalu.

Ketika ditemui baru-baru ini, pelakon ini sempat berkongsi cerita tentang penampilan terbarunya. Jelas Melissa dia sebenarnya berniat untuk bertudung apabila usianya menginjak ke 40 tahun. Namun, pada ulang tahunnya yang ke 40 pada April 2012, dia masih tidak mengenakan tudung. Sebaliknya, perubahan itu hanya benar-benar dilakukan apabila tiba peristiwa Israk Mikraj.

“Saya sudah lama berhasrat untuk bertudung apabila berusia 40 tahun. Tapi sayangnya saya masih tidak bertudung sehinggalah bulan Jun tahun lepas, iaitu ketika peristiwa Israk Mikraj. Ketika itu merupakan ulang tahun anak saya," ujar Melissa.

Tambah Melissa lagi, dia tidak memberitahu sesiapa tentang hasratnya untuk bertudung. Apabila keluarga melihatnya bertudung, mereka terkejut dan lebih manis apabila anaknya sering memberi sokongan dan kekuatan untuk dia kekal bertudung.

Advertisement
“Alhamdulillah, sejak saya bertudung, tiada apa yang berubah dan semuanya kembali seperti sediakala," ujar Melissa ringkas.

Terlibat dengan projek filem pendek Ikal Mayang, Melissa buat pertama kalinya menulis dan mengarah sebuah karya yang mengetengahkan dilema seorang wanita.

Filem pendeknya yang bertajuk 'Berat Sebelah' mengisahkan tentang seorang wanita yang mengalami konflik dalaman dan sentiasa merasa rendah diri dengan bentuk fizikalnya. 'Berat Sebelah' mampu membuka mata masyarakat untuk tidak menilai seseorang menerusi fizikal semata-mata kerana ia mungkin memberi kesan yang mendalam buat seseorang.sumber

 

Start typing and press Enter to search