Sebab Malu Nak Bagitahu Ada Blog

- 19.12
advertise here

Kalau ada orang bila aku buat blog, mudah je nak jawab awal tahun 2012. Tapi bila ditanya kenapa aku buat blog ni, susah jugak nak jawab..tu pun kalau ada orang tahu yang aku ada blog. Actually jadi blogger baru ni segan la nak bagitahu yang kita ni ada blog. Blog picisan kan..masa tu aku tak tau apa-apa pun pasal blogging ni.

Rasanya kebanyakan blogger yang mula buat blog lebih berbentuk personal..nak cuba-cuba dulu. Kalau perempuan penuh dengan ayat jiwang je..haha. Nak promote dekat orang malu..nanti ada orang kata pulak. Satu hari tu ada kawan blogger cakap kat aku "Bro baru kalau nak promote blog..rajin la ping entri tu kat group blogger facebook". Waktu tu la aku mula tahu cara-cara nak ping blog kat sana sini. 


So, kenapa kita malu nak bagitau orang kita ada blog ?

1. Cerita Entri 
Maklum la blogger baru..entri mengarut, entri emo, entri putus cinta dan macam-macam lagi la. Nanti kalau ada orang baca takut diorang cakap kita ni syok sendiri pulak. 

2.Theme Bersepah

Mana la tahu pasal coding dan nak tukar template. Tahu setup blog je. Aku sampai sekarang tak tukar-tukar lagi template. Cuma sekarang ni baru rasa macam handsome sikit theme blog aku ni..ke tak cun theme ni ? hehe..baru la berani nak reveal aku punya blog.

3. Gaya Penulisan
Bila aku baca balik cara aku menulis masa mula-mula blogging dulu, rasa macam nak delete je entri tu. Dah la guna bahasa SMS, pastu tulis sesedap rasa je. Niche blog pun membosankan. Maklum la blog personal kan. Sekarang ni baru la jumpa identiti sendiri.

4. Takde Objektif
Yalah, buat blog untuk suka-suka je dan tulis ikut sesedap rasa je, mana la nak ada objektif. Selepas berblogwalking, kebanyakan blog yang aku jumpa ada objektif yang tersendiri. Ada juga yang guna blog untuk sampaikan isu-isu semasa, tentang artis tempatan, SEO dan sebagainya. Skop blog ni luas. Sebab tu dalam blog aku ada label untuk setiap entri kat atas.

Biasanya orang blogging ni untuk tujuan peribadi, tapi ramai jugak yang dah berjaya menkomersialkan benda ni macam Fatin Liyana. So, korang malu tak nak bagitahu yang korang ada blog? 


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search