Ingat Lagi Tak Kenangan Zaman Sekolah Rendah?

- 22.43
advertise here
Mak aku : "Dah pukul 6.00 dah ni, cepat mandi nak gi sekolah..budak-budak lain dah siap dah tu ”.

Aku : "Bangun dah ni..( padahal dalam hati cakap 5 minit la lagi, baring kejap).

Mak aku : "Budak ni tak bangun lagi ke..dah lewat ni".


Konpem korang tersenyum sendiri bila fikir masa sekolah rendah dulu nak bangun pagi pun kena mak yang tolong kejutkan. Bila duk sorang-sorang terkenang pulak memori zaman sekolah rendah dulu. 


 

Kenangan 1
Korang still ingat tak ingat kenangan masa darjah 1, 2 dan 3? Apa yang aku ingat, setiap kali exam mesti dapat 90-100 markah bagi setiap subjek..heheh. Katakan kalau dalam kelas tu ada 30 orang. So, siapa yang dapat nombor 25 ke bawah akan ditukar ke kelas yang lain. 2M untuk kelas pandai dan 2K untuk kelas biasa. Agak-agak korang la aku kelas yang mana?

Kenangan 2
Masa aku darjah 3, time tu ada lagi PTS, peperiksaan penilaian satu. Ala, exam yang membolehkan korang lompat kelas dari darjah 3 ke darjah 5. Kalau tak silap aku, dalam satu paper je bermacam-macam jenis soalan yang ditanya dan susah jugak la. Bayangkan otak budak 9 tahun, aku tengok pun dah geleng kepala..hahaha. Memang tak lulus pun.

Kenangan 3
Mimpi ngeri bagi budak sekolah rendah bila tengok ambulan datang ke sekolah untuk BCG Vaccination dan cabut gigi. Ramai yang takut kena inject dengan BCG sebab ada cerita pernah ada budak terpaksa bawak ke hospital sebab kes jarum patah. Budak perempuan siap menangis lagi..yang laki pulak lari sembunyi..hahah. Jenuh akak-akak misi yang cun nak pujuk. Aku steady je..bukak baju dan akak misi tu terus cucuk.


 

Kenangan 4
Benda yang paling aku takut masa sekolah rendah bila tak siap kerja rumah dan tak bawak buku latihan. Ada sorang cikgu kat sekolah aku dulu siapa yang tak siap kerja rumah yang diberi konpem kena penampar. Kalau tak pun kena berdiri atas kerusi sampai habis masa. Sebab tu la ada yang sanggup tak datang sekolah kalau tak siap kerja rumah..bukan aku ye..hehehe. Tapi budak-budak zaman sekarang rilek je, bukan setakat tak bawak buku, buat hal tak senonoh kat sekolah pun cikgu dah takut nak marah. Sekarang cikgu marah student, cikgu kena saman.
 
Apapun, best kan, imbau balik kenangan time sekolah rendah. Sebab datang sekolah memang tak pernah fikir nak study..main je. Macam mana lulus UPSR pun tak tau..hahaha. Ingat lagi tak kenangan zaman sekolah rendah korang?


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search