Checklist Untuk Lelaki Sebelum Kahwin

- 03.50
advertise here

Sebut je pasal kahwin sume seronok..maklum la dah nak kahwin. Bagi kaum lelaki, korang kena prepare sikit-sikit sebelum nak kahwin. Kat bawah ni checklist yang korang kena bagi perhatian masa perkahwinan nanti.


1.Hafal Doa Qunut

Jangan terkejut kalau ada yang masih tak boleh nak baca doa qunut. Nampak sangat la solat subuh selalu skip..malu dengan tok imam nanti. Pernah dengar cerita sorang lelaki ni..bila disuruh baca doa qunut, dia siap tanya tok imam nak baca doa qunut panjang ke qunut pendek. Kalau qunut pendek bacanya "QUNUT" tapi kalau qunut panjang "QUNUUUTTT" :)

2. Kaji Soalan Ramalan

Bukan setakat nak exam je kena tahu soalan ramalan , nak kahwin pun kena tahu soalan-soalan yang biasa tok imam tanya seperti rukun nikah, rukun islam, rukun iman dan macam-macam lagi la. So, kalau dah lupa tu bukak la balik buku Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA). Nak mudah lagi baik pergi kautim dengan tok imam mintak soalan bocor dengan jawapan sekali. Pastu belanja la dia secawan dua tongkat ali :)

3. Berlatih Akad Nikah


Maklum la, time nak angkat nikah tu macam-macam jenis perasaan ada. Ada satu video kat You Tube aku tengok ,sorang mamat ni bila time dia kena sebut "Aku terima nikah bla bla bla...." dia pergi sebut "Saya setuju" pulak..heheh..satu lagi masa proses akad nikah tu, jangan la tertukar nama dengan bekas teman wanita..kantoi la jawabnya. So, sebulan nak nikah tu baik practice akad nikah dengan kawan korang dulu ye.


 Berani tak korang buat hantaran camni ?
 

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search