Selama 9 bulan aku berblogging, rupanya takde la susah sangat nak jadi blogger yang mesra pembaca ni. Benda ni dah banyak kali dah orang duk cerita meminta blogger ni bersikap mesra alam sikit dengan pembaca dan pengunjung blog kita. Kalau korang ada ciri-ciri blogger mesra macam kat bawah ni sila istiharkan diri anda ye..nak buat list untuk blogger mesra alam ni..hehehe
CIRI-CIRI BLOGGER MESRA PEMBACA
1. TAK SOMBONG : Apa gunanya anda jadi blogger yang cantik dan hensem tapi sombong dengan pembaca macam BLOGGER INI? Kena ingat, turun naik kita sebagai blogger ni hasil daripada support dari pembaca. Kalau ada pembaca tanya soalan, jangan kedekut nak kongsi.
2. BALAS KUNJUNGAN : Blogger A datang komen ke blog blogger B. Blogger B pulak jangan la bila orang datang komen buat senyap je. At least, balas la kunjungan ke blog blogger A pulak. Komen la entri mana yang patut. Mana tahu dengan kunjungan tu korang boleh jadi kawan baik dengan dia atau lebih daripada tu :)
3. TAK GUNA BAHASA SKEMA DAN SMS : Kalau blog korang jenis personal, elakkan la ye guna bahasa jenis skema dan sms ni. Orang nak baca pun malas, susah dan boring. First impression tu penting. Guna je bahasa yang santai. Lagipun bahasa sms ni tak mesra SEO. Elak guna tulisan macam BLOGGER INI.
4. ENTRI JANGAN TERLALU PANJANG : Pembaca bukan nak baca blog kita je. Tulis entri jangan sampai 30 perenggan. Orang baca 2 hari tak habis lagi..kekeke. Entri tu letak la satu dua gambar sebagai pencuci mata pembaca. Sekali orang syok baca entri anda, berkali-kali dia akan singgah.
5. NO CAPTCHA : Jadi blogger janganlah menyusahkan kawan blogger yang lain..hehe. memang rimas kalau jumpa benda tu..mata dah rabun nak melihat nombor dan perkataan untuk pengesahan bukan robot itu. Kalau takut sangat, buat je komen yang boleh moderate tu.
P/S : Kalau korang rasa ada lagi benda yang nak ditambah, komen la kat bawah ye :)

Advertisement