Nak tanya korang dalam satu entri berapa komen daripada pembaca yang korang dapat? Kalau lebih daripada 30 komen ok dah tu. Dan kalau korang dalam kategori BLOGGER FAMOUS macam BLOGGER INI, setakat 50 komen tu dalam masa 20 minit je dah dapat. Kalau komen tu dalam 10 ke bawah tentu korang pernah terfikir macam mana cara nak dapatkan komen yang banyak dari pembaca kan..
Cara Nak Dapat Komen Banyak Daripada Pembaca
1. Ruangan komen tu biarlah jenis yang mudah orang nak komen..honestly, aku tak berapa suka ruangan komen macam disqus dan nuffnang conversation sebab susah nak komen. Dan jangan letak word verification.
2. Siapa yang boleh komen blog korang tu tukar jadi "anyone" termasuklah anonymous boleh komen entri dalam blog korang tu.
3. Buang chatbox dalam blog..sebab ada sesetengah pembaca cenderung tulis komen kat chatbox daripada tulis komen kat entri. Cuba tengok blogger-blogger terkenal seperti Lyssa Faizureen, Fatin Liyana dan Denaihati..ada ke chatbox kat blog diorang?
4. Tulis entri yang menarik dan ada kaitan dengan pembaca. Contoh entri MALU KE ADA BLOG? jenis personal entri tapi bila orang baca terasa ada kaitan dengan diri diorang..so, dah habis baca konpem la pembaca akan komen. Nak tulis entri sentap pun ok je..kekeke
5. Amalkan sifat " Awak komen, saya komen balik"..jangan la harap orang komen entri kita je tapi kita pulak jarang nak komen kat entri dia kecuali SEBAB-SEBAB INI.
6. Pastikan blog korang mudah loading..kalau ada widget yang melambatkan loading tu rasa patut dibuang.
7. Dah habis korang tulis entri tu, cuba bangkitkan persoalan untuk dapatkan respon daripada pembaca..kalau ada yang jawab "SETUJU!!!" pun dah kira ok la kan..hehehe
P/S : Ada apa-apa lagi tak korang nak tambah untuk dapatkan komen yang banyak daripada pembaca?
Entri lain yang anda mesti baca :
Advertisement