Bila dikira, rupanya blog aku dah berumur 9 bulan. Kalau bayi rasanya dah boleh merangkak kot..tahun depan baru la genap setahun aku berblogging :). Umur blog korang dah berapa tahun? Selama 9 bulan berblogging memang banyak dugaan. Setakat nak buat blog tu senang tapi nak update dan maintain trafik setiap hari tu susah.
Kenapa Aku Suka Berblogging?
- nak kongsi cerita tentang apa yang aku lalui..maybe cerita aku sama dengan korang..maybe jugak blog boleh jadi medium antara aku dan korang. Aku cerita korang baca..baru ada chemistry..heheh
- blog ni aku anggap sebagai diari online..bila tengok balik entri-entri lama aku tulis terfikir jugak "Amenda apa yang aku mengarut kat blog ni? Entri yang aku tulis ni ada orang nak baca ke?" Tapi bila tengok ada orang bagi komen, terharu sangat..siyesss tak tipu!
- dulu aku buat blog sebab nak kejar duit dan followers. Tapi sekarang dah berubah, aku tulis apa yang aku rasa. Sebab kadang-kadang kita ada masalah tapi tak semua orang nak layan dengar luahan masalah kita tu. Cuma melalui blog, bila masalah diluahkan akan dapat respon positif daripada pembaca.
Advertisement