Antara Broadband Celcom Dan Maxis Mana Yang Laju?

- 21.21
advertise here

Korang update blog guna broadband apa? So far, aku ada 4 jenis broadband. 3 untuk Celcom broadband dan 1 untuk Maxis broadband.

Dulu aku pakai Maxis broadband yang harga RM 48 sebulan tu. Speednya memang menyedihkan. Setahu aku broadband boleh jadi lembab bila dah overlimit sebab download movie, lagu, main game online, layan You Tube dan berkaitan dengan benda download la. Tapi takkan layan facebook dengan cari bahan untuk assignments pun boleh jadi lembab. Tapi jangan risau, Maxis Fiber kan ada. Memang laju giler (bodek Maxis, kang diorang tak nak letak iklan nuffnang kat blog aku dah)..kekeke

Kalau buka page Maxis kat Facebook, terlalu banyak komplen, cacian dan makian daripada pengguna yang tak berpuas hati. Aku  rasa broadband Maxis sesuai untuk kawasan bandar je..baru la laju.

 
 
Pastu aku tukar ke Celcom broadband yang harga RM68 sebulan. Time tu aku study kat UPSI..connection slow jugak. Asyik keluar EDGE connection je. Nak layan You Tube pun tersekat-sekat. Sampai aku kena tambah volume bandwidth broadband aku. Sekarang aku guna Celcom broadband yang harga RM 48 sebulan. Line Celcom memang kuat. Bayangkan aku balik bercuti kat kampung, dalam rumah aku pun boleh dapat 3G. Setakat nak layan tengok bola streaming takde masalah. Tapi ada kuota jugak la. Bila ada duit lebih sikit baru nak masukkan streamix :)


P/S : Korang rasa broadband mana yang paling laju setakat ni?

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search