Fakta mengenai Haiwan...

- 02.40
advertise here
 


1.Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari
sentiasa siang. 


2. Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang
dihasilkan. Kura- kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara
betina menghasilkan bunyi yang berdesir. 


3.Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih
berat badannya dalam masa 36 jam. 



4.Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000
telur setiap hari. 


5.Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus
menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya. 


6. Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat
jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang
semasa haiwan itu melompat. 


7. Jerung adalah binatang berbahaya, malah sebelum ia ia dilahirkan
lagi. Saintis Stewart Springer telah digigit oleh satu embrio jerung
pasir semasa beliau sedang memeriksa ibu jerung tersebut yang sedang
hamil. 


8.Paus beluga yang ditemui di Lautan Artik, Kanada boleh bergerak
sejauh 700 batu sehari. Haiwan ini hanya perlu menyedut oksijen
setiap 20 minit. 



9.Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika
dibandingkan dengan nisbah saiz badannya. 


10.Cacing gergasi Australia- cacing terpanjang di dunia boleh
membesar sehingga 2 meter panjang.
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search